Wednesday, 7 July 2010

Dinner @ Pasar Ikan Manhattan & Al-Jazeera

Fuhh....beberapa hari lepas, kami kekenyangan menjamu selera di Pasar Ikan Manhattan (Manhattan Fish Market) di New York Alamanda & Restoran Al-Jazeera kat negara arab @ Presint Diplomatik. Oppss....bukannya dinner dalam satu malam ye....tapi, for 2 nights..heh..heh...
Masa dinner di Mahanntan, saya berpuasa so dinner merangkap berbuka puasa la. TQ en hubby darling, for your treats. As usual, kalau singgah sini, kami akan order "Seafood Platter for 2". For little Hana, kami order kids menu, "Fishing Nets" (ia adalah "fish & chips"..). Masa order tu, terbayang dah dalam kepala, nanti kalau Hana tak habis makan tu, ibu nya nak tolong settlekan..hahh..hah..Nafsu orang posa ni memang lain macam skit..heh..heh...Alih-alih bila sampai order, alamak hai..kocik je portion tu..Dah kids menu, sepadan la kan...heh..heh...Menu tu datang bersekali dengan "orange juice". Bukan main dia minum jus tu..al-maklum la jus tu sejuk...(kes jarang-jarang dapat minum air sejuk la ni....)
Air, for me "hot chocolate" & en hubby "iced lemon tea".
Food averall okay, cuma nasinya terlalu berlemak & sweet, maybe sebab cream/mayanonis terlebih letak kat atas tu, so bila mix dengan nasi, tak lalu nak makan banyak. Biasanya okay je, cuma malam tu, tersalah sukatan kot..hehh..heh...
Hot chocolate tak seperti yang selalu. Rasa seperti susu tepung Hana perisa coklat..Rasa coklat tak terasa, susu je lebih. Hot chocolate kat Kopi 1, pasar tani, much better...
muka orang merajuk....pantang tegur..ni la dia...
mood dah okay...
abaikan dekorasi makanan yang dah bersepah tang nasi tu...dah kena senduk masuk mulut..heh..heh...

The next day, dinner kat Al-Jazeera pulak. Rasanya, dulu restoran ni kat Cyberjaya, berhampiran Restoran Saba. Ni restoran arab. Sama macam Saba. Cuma bezanya Saba tersangatlah ramainya manusia..tapi, Al-Jazeera tersangatlah sikitnya orang @ time kitorang datang, salah timing kot..orang tak datang lagi...
Sini, kami order 'Hanith Chicken' for me (saya tak makan kambing.....) & 'Matbi Lamb' for en hubby. Hana? Kongsi nasi dengan Ibu & Papa.....
Minuman, teh o panas & teh arab. Teh arab tu best..ada rasa pudina...Hana kejenya menuang teh tu dalam gelas kecil (cute sangat gelasnya..agaknya Hana ingat macam cawan mainannya kat rumah tu..). Pastu, ceduk gula letak dalam gelas, kacau-kacau skit, pastu minum. Sesekali tertangkap jugak kat mata, budak kecik ni, dia kautnya gula dalam gelas tu masuk dalam mulut dia..amboi..ingat tak nampak yer....
Overall, makanan memang sedap. Tu yang heran , kenapa customer tak seramai Saba.
Oppss..portion nasinya agak sedikit berbanding dengan Saba...Kalau Saba, satu pinggan nasi macam untuk dua orang makan...Yang ni, memang standard untuk seorang makan. Sebab order 2 nasi untuk 3 orang makan, so kena jimat cermatlah makan, kang budak kecik tu tak cukup makan pulak...Ibu dengan Papa tak cukup takpa, yang penting anak kena cukup makan..betul tak...????
Matbi Lamb....En hubby kata sedap...tapi sikit sangat..(ala-ala tak cukup la tu..heh.heh..)
Chicken Hanith. Ayamnya dibungkus dengan aluminium foil tu. Lembut ayam tu. Sesuai untuk orang yang takda gigi dan sewaktu dengannya. Sedap, tambah-tambah lagi makan dengan sambal dia tu..marvelous...
Nampak tak 2 teko kecil kat belakang tu? satu berisi teh yang dicampur dengan daun pudina yang dinamakan teh arab, yang satu lagi gula. 

No comments:

Post a Comment