Saturday, 31 July 2010

CHERATING - Hari Pertama

Last weekend, memang memenatkan...but seronok bangat...hahh...hah..hahh.
Department saya, BPP buat trip ke Cherating untuk kursus High Impct Teambuilding (HIT). Melibatkan semua warga BPP. Memang havoc gilesss la...Tak sangka...semua big boss sangat-sangat sporting...(saya kan orang bari kat sini...).
Oppss..sebelum tu, meeting SKT turut diadakan sebelum hari kursus tu, untuk semua p&p. Alang-alang berkursus, so dibuat sekali meeting. HIT Sabtu & Ahad. Meeting, petang Jumaat. 

Paling best, saya berjaya memujuk en hubby untuk ikut pergi Cherating. Heh..heh...Saja, nak bawa Nurin Hana jalan-jalan. She love swimming pool & beach. So, en hubby terpaksalah bercuti pada Jumaat tu, sekaligus bertindak sebagai "pak supir" & "baby-sitter".  
Kami bertolak awal pagi Jumaat tu, dengan target kena sampai sebelum 3pm sebab meeting mula 3.00pm. Pagi tu baru kelam kabut packing baju. Malam sebelum tu, balik rumah lambat, pergi rumah family hantar hadiah untuk sepupu yang berkahwin hari yang sama saya berkursus. Bila sampai rumah, dah jam 11 lebih. badan memang penat, mata pun tak boleh tahan. So, capai je baju-baju mana sempat dan kumpulkan setempat, supaya boleh di"beg" pagi nanti..Cari jugak barang mainan untuk dibawa sama, dengan buku tulis beserta alatan tulis & CD kartun. Saya tahu, masa saya bersama buah hati saya dua orang tu memang sangat-sangat terhad sepanjang kat Cherating, so saya perlu pastikan semuanya complete.
Kononnya nak keluar pagi-pagi buta....sebab nak elak jammed kat MRR2 sana, sudahnya 8.30 pagi juga kami bertolak. Perjalanan agak lancar, tak begitu jammed kat MRR2. Cadangnya nak breakfast kat tempat makan di BHP sebelum tol gombak. Sembang punya sembang, terlepas pulak. Jadinya, singgah kat McD Genting Sempah je la....

Kami selamat sampai di Legend Cherating dalam 1.15pm. Hmm..banyak masa lagi ni, meeting 3.00pm, sempat lagi la nak baring-baring dulu....ngantuk sihh....Tetiba dapat sms, meeting start 3.30pm, terus en hubby ajak pegi cari sata kat Kemaman. Cherating dengan Kemaman kan dekat je. Lepak punya lepak, alamak....jarum jam dah menginjak ke pukul 3 sudahh...Rasa panik mulalah datang...sempat ke nak sampai sebelum 3.30 ni...Memang habit, tak suka masuk meeting lambat. suka atau tak suka, rela atau tak rela, en hubby terpaksa lah rushing sikit drive balik ke Legend. Tetiba la pulak, kereta berderet kat atas jalan, adoii..den dah la lambat ni...
Makanya, saya jugak, suka atau tak suka, rela atau tak rela, terlambat masuk meeting. Semua p&p dah ada. Paling syahdu....seat yang kosong, betul-betul depan Pengerusi aka Datuk Pengarah, Datuk J..huh..huh...Rasanya muka tebal berinci-inci masa tu.....Sorry Datuk...Nasib baik meeting tu tak begitu formal macam biasa. Kalau tak mesti kena punya...Datuk J tak suka orang lambat masuk meeting....Nasib..nasib....

No comments:

Post a Comment