Thursday, 22 July 2010

New Born Baby....

Oppsss.....bukan saya yer....jangan salah faham..heh..heh...
Entry ni untuk adik-adik saya.
Muhammad Faris
Memula, adik saya, Epul dan Ju, yang telah selamat menimang cahayamata sulung pada 8 Julai 2010. Dikurniakan anak lelaki. Tahniah. Bestnya diorang. Belum pun setahun kahwin, dah dikurniakan rezeki ni. Murah rezeki. Alhamdulillah. Ni, ala-ala bunting pelamin la ni..heh..heh...
Adik ipar saya, Ju, mengalami sedikit komplikasi semasa nak melahirkan. Bukan komplikasi apa, dia terpaksa menahan kesakitan selama lebih kurang 3 hari sebelum selamat melahirkan babynya. Bukaan terlalu perlahan, sedangkan tuan punya badan dah kesakitan. 3 hari duduk wad, secara automatiknya adik lelaki saya merangkap suaminya, Epul kenalah bertapa kat hospital sama, bagi support kat isteri kesayangan. Ha...tengok tu, betapa susahnya isteri awak tu nak bersalin. Lepas ni kena lagi sayang kat dia, hargai susah payah dia. (Dia bagitau, dia menangis masa sambut baby tu....heh..heh...rugi pulak takda sana, tak dapat tengok polis nangis..heh..heh...). 

Selang beberapa hari kemudian, adik ipar saya aka adik en hubby, Azila dan Syazwan selamat melahirkan cahayamata kedua melalui operation. Tahniah. Anak lelaki lagi. Yang sulung sebelum ni, lelaki juga. Takpa, lepas ni boleh cuba dapatkan anak perempuan pulak.. Adik ipar saya ni ada masalah air ketuban, so terpaksalah di operate. Takpalah, janji selamat semuanya. Adik ipar saya ni pun bertuah sebab dimurahkan rezeki, kelahiran anak-anaknya selang setahun. 
Muhammad Saifullah

p/s: tengok para baby ni, dikendong-kendong, dicium-cium harumannya, hmm......alangkah bestnya kalau dapat baby lagi ni kan....Bukan tak teringin, tapi belum ada rezeki lagi untuk menimang cahayamata kedua lagi...Moga murahlah rezeki kami lepas ni...AMIN.

4 comments:

  1. SAlam perkenalan...
    wah bestnya dapat baby baru.... Tahniah buat seisi keluarga.... :-)

    ReplyDelete
  2. Mas, usaha tangga kejayaan.....! insyaAllah ada lah rezeki tu nanti....

    ReplyDelete
  3. Mummy Nana...
    Salam perkenalan. TQ for visiting 'me"...

    Ica....
    TQ. Sentiasa berusaha...

    ReplyDelete