Wednesday, 21 July 2010

AYAM PANGGANG 5 BINTANG

Pernah makan Ayam Panggang 5 Bintang? Kalau belum, boleh datang ke kedainya di Pantai Dalam/Bangsar. Berhampiran deretan rumah pangsa.
Kami adalah 3-4 kali lunch kat sini. Menu utamanya, sudah tentulah ayam panggang. Masuk-masuk je kedai, boleh nampak berketul-ketul ayam tengah digolekkan untuk dipanggang. Bau wangi je....
Menurut en hubby, kat sini, kena beli seekor ayam. Tak boleh beli sebelah ke, suku ke. Sebab kami makan bertiga je, so ambil sebelah, yang sebelah lagi bungkus siap-siap. Ayamnya sedap, lembut. Cuma sos nya saya tak berapa berkenan. Agak manis. Rasa macam tak best nak cicah dengan ayam panggang tu. Kalau pedas, lagi best. Tapi, lain orang, lain la seleranya. Ni selera saya....

FLORIA PUTRAJAYA 2010

Sebelum balik kg hari tu, kami sempat singgah Floria Putrajaya 2010 di Presint 2. Best...banyak bunga....cantik-cantik....Bila tengok kecantikan dan dekorasi tu teringin pulak rasanya nak tanam bunga cantik macam tu...Mesti lagi berseri laman depan rumah tu..tapi....adakah saya mampu menjaganya...???? Dengan kesibukan sedia ada plus kemalasan yang sedia ada juga....hmmm....
Kami pergi masa cuaca dah panas, rasa-rasanya kalau datang petang, lagi best sebab dah redup, boleh posing sakan kat taman kat luar tu..banyak dekorasi bunga cantik-cantik...Memang geram la tengok...
 wajah kesayangan hamba...
"ibu..gitar dia takda tali la...." Nurin Hana bagitau masa cuba nak petik...
ni kali kedua kami singgah sini. Kali ni malam pulak...

Saturday, 17 July 2010

BANCI 2010

Dengan bangganya nak bagitau, saya dah dibanci....!!!! BANCI ye, bukan BENCI...
Hari pertama banci bermula, 6hb. Masa tu saya baru sampai rumah. Sebelum masuk parking, dah nampak seorang gadis muda dengan beg tersandang di bahu tengah berjalan kat depan rumah jiran sebelah. Sekilas mata saya mengerling, alamak..ada orang jual barang la....sat gi mesti singgah rumah saya ni..malasnya nak layan...Betul tekaan saya, sedang elok saya parking dan nak keluarkan beg dari dalam kereta, adik comel tu pun sampai depan rumah. Dia bagi salam dan bertanya sama ada saya free tak skarang? Saya tanyalah, kenapa (sebelum tu dah jawab salamnya ye....). Suaranya lembut dan sangat polite (sesuai jadi pembanci...mudah convince orang..). Bila dia bagitau je nak buat bancian, okay je...So, dia pun keluarkan dokumen banci tu dan mula bertanya beberapa soalan, antaranya bilangan pengnhuni rumah, pekerjaan, etc. Senang je, dia tanya, kita jawab, dia tick/tulis kat kertas tu.
Saya perhatikan, sangat gigih pembanci tu berjalan dari satu rumah ke rumah, untuk buat bancian. Bagi salam. Saya sempat sembang dengan dia masa banci tu, menurutnya dia datang dah pagi tadi kawasan sini, tapi takda orang. Heh..heh..memanglah dik oii...kat sini tak payah lah datang pagi, sebab hampir 99.9% tuan rumah suami isteri bekerja. Yang tinggal rumah kosong @ maid. Tu yang dia datang semula petang. Ha..time ni bagus, orang dah balik keje.
Lepas dia selesai banci dan sembang lebih kurang, adik pembanci tu bergerak ke rumah lain. Say sempat pesan padanya, selain bagi salam, kena ketuk pintu rumah yang dikunjungi (kalau pintu tutup la....Kalau pintu dah ternganga, buat apa pulak nak ketuk..), sebab kadang-kadang orang kat dalam tak dengar suara salam tu. Nak-nak, suara orang yang bagi salam tu lemak merdu bagai orang berbisik...
Sebenarnya, bagi saya mencabar kerja pembanci ni. Bukan senang nak minta orang bagi kerjasama. Silap-silap dilayan macam salesman pulak. Padahal, orang tu tengah buat bancian negara. Tu belum kes dikejar anjing ke, macam yang saya baca dalam newspaper hari tu.
Kadang-kadang, dah jumpa tuan rumah, tapi, tuan rumah suruh datang besok pulak. Bagilah kerjasama anda. Bancian tu bukannya ambil masa lama pun. Pembanci tu tanya, kita jawab, bukan kita nak kena tulis pun.


Saya suka jugak kaedah yang diamalkan oleh Stats sekarang, bancian secara online dan tinggalkan dokumen bancian di rumah yang tiada penghuni ketika kehadiran pembanci dan akan dikutip keesokan harinya. Maknanya, semua orang takda alasan tak boleh nak banci sebab pelbagai kaedah dah disediakan. Tepuk dada tanya selera, mana kaedah yang disukai. Saya suka secara temu duga berdepan. Dia tanya, saya jawab. Boleh beramah mesra lagi..ahakss... Lagipun, senang, tak payah nak tulis-tulis..heh..heh...
Walau macam mana sibuk sekali pun, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk dibanci bagi memudahkan perancangan masa depan negara, jadi berikanlah kerjasama sewajarnya


Sedikit Info: Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010
Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia merupakan satu pembancian semua tempat kediaman dan penduduk di seluruh negara. Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 adalah banci kelima yang akan dijalankan sejak tertubuhnya Malaysia pada tahun 1963. Banci dijalankan mengikut peruntukan yang terkandung dalam Akta Banci 1960 (Disemak 1969). Akta Banci mewajibkan orang awam menjawab semua soalan banci dan akta ini menjamin bahawa maklumat individu adalah sulit dan tidak akan dihebahkan. Data yang dikumpul semasa Banci Penduduk dan Perumahan 2010 akan membekalkan satu set maklumat berstatistik yang komprehensif mengenai arah aliran dan corak ciri-ciri isi rumah dan penduduk. Data dan penemuan penting mengenai stok perumahan, jenis dan corak pemilikan juga diperoleh. Maklumat ini dapat membantu dalam perancangan, penggubalan dan pelaksanaan polisi oleh Kerajaan dan digunakan oleh para penyelidik dan individu lain.



Tempoh pembancian akan mengambil masa selama dua bulan iaitu bermula dari 6 Julai hingga 22 Ogos 2010.

Thursday, 15 July 2010

MALAYSIA MEGA SALE CARNIVAL


Yooohoo......
Pengumuman....Pengumuman.......
Malaysia’s biggest sale will back!!!!!
Malaysia Mega Sale Carnival!
From 24 Julai – 16 September 2010.

Pastikan simpan duit mulai sekarang
supaya tak terlepas tawaran-tawaran yang menarik....
Tapi, shopping, shopping jugak, tapi jangan sampai koyak poket dah la....

Hmm...kali ni akan dipastikan sempat menshopping masa mega sale ni. Selalu je terlepas sebelum ni, sedar-sedar dah nak habis, barang apa lagi tinggal? Yang best-best semua orang dah rembat....
p/s: Paling best beli baju Nurin Hana la......huii..tak ingat dunia...hah..hahh...

Wednesday, 14 July 2010

"PEMBANTU" Yang Rajin

Sekarang ni, agak ringan kerja saya kat rumah sejak dua menjak ada "pembantu" ni..heh..heh...
"Pembantu" saya ni memang rajin, tak payah suruh dah buat dulu. Tak macam sesetengah orang tu, bila kita cakap, baru buat.
So, ada sesapa di luar sana yang memerlukan 'pembantu' untuk melipat baju?
Boleh la contact gadis manis di bawah ni...hehh..hehh...
 sempat lagi layan tv tu...
 servis melipat kain dan menggosok sekali...harga boleh runding....:D

TQ Darling Hana, anak ibu yang rajin...semua nak tolong.......angkat pinggan mangkuk, basuh cawan, etc....Semoga sikap rajin membantu kekal sampai bila-bila ye sayang....

Tuesday, 13 July 2010

GORES DAN MENANG

Pagi ni sempat hadir seminar kepenggunaan kat sini. Salah satu topik yang dibincangkan adalah mengenai gores dan menang. So, teringin nak kongsi pengalaman dengan kawan-kawan tentang ni. Rasanya ramai yang familiar tentang ni..kan...

Beberapa tahun lepas, masa tu kami baru je pindah masuk rumah yang diduduki sekarang ni. Masa tu bulan puasa. Kalau tak silap, sehari dua lagi dah nak raya. Kiranya tengah berkemas sebelum nak balik kampung la...Masa tu kawasan tu memang dah sunyi, majoriti orang dah balik kampung. Macam kami ni, tak rushing sangat sebab kampung alahai sepelaung je....heh..heh...

Masa tengah sibuk-sibuk tu, tetiba ada sorang amoi ni muncul depan pintu, katanya nak buat survey sikit. Kitorang pun bagi chance la kat dia. Pot pet pot pet dia, tanya tu tanya ni, then tetiba dia offer kami untuk gores salah satu kad yang dibawanya. Malas nak layan sebenarnya, tapi layan je la. Katanya, hadiah best-best dalam kad tu, antaranya kereta perdana. Katanya, tak kena bayar apa-apa pun. Dengan rela tak rela, kami pun pilih satu kad dan gores. Bila dia nampak gambar di sebalik goresan tu, gembira sakan dia, excited giless...Macam dia pulak yang gores. Padahal, tuan rumah yang ‘konon-kononnya menang” tu tak apa-apa, dia pulak yang over. Tapi, memang kelakar bila ingat balik kondisi amoi tu masa tu. Terlompat-lompat depan pintu rumah kami. Ishh..ishh...teruk betul...

Tau apa yang kami “menang”? “Hadiah utama” tu..... Tu fasal la amoi tu melompat macam nak rak..al maklum la..bakal dapat satu “mangsa” kan..Tanpa dia tahu, spesies apa tuan rumah yang dia jumpa petang tu..heh..heh...

Beria-ia la dia yakinkan kami tentang hadiah tu. Siap tunjuk keratan akhbar tentang berita orang-orang yang pernah menang gores ni. Kami pun tak perasan berita tu. Sebab kad tu tertulis hadiah utama, so melayakkan kami untuk gores kad untuk hadiah utama pulak. Hadiah utama, macam kereta, penapis air, etc. Tapi, kena bayar sejumlah wang sebelum boleh gores kad hadiah utama tu. Aikk..tadi kata tak payah bayar apa-apa...Dia kata, at least hadiah gores yang boleh kita dapat, penapis air. Hekk elehh...penapis air buat apa...

Agaknya sebab “pujuk rayu” tak bisa mencairkan hati tuan rumah, siap panggil supervisor dia datang rumah kami. Kononnya nak buktikan yang semua tu adalah benar belaka, tiada yang tak benar, melainkan benar belaka...Siap minta kami pergi company dia lagi, untuk uruskan fasal hadiah tu...Kami minta alamatnya. Diam-diam saya telefon company tapi tak berangkat. Lama jugak la diorang berusaha memujuk kami. Pujuk rayu macam-macam. Siap boleh bagi advice lagi, takda cash takpa, boleh bayar pakai kad atm @ kredit card....Terdesak sungguh diorang ni. Paling best, dia cuba ayat kami, “Raya ni boleh bergaya dengan kereta baru, perdana...”. Huii..bunyi macam best betulkan...Boleh cair la dengarnya.
 
Tapi, seperti yang saya sebutkan kat atas tadi, diorang tak tau spesies tuan rumah ni dalam hal-hal macam ni. Hati batu, keras, terutama en hubby. Pujuklah macam mana pun, tak jalan punya..Cubalah fikir, takkan lah senang-senang orang nak bagi kita hadiah kereta, dengan hanya main gores-gores je. Nak kata masuk peraduan, bukan! Finally, diorang pergi dengan penuh putus asa...(mesti punya...muka kelat je..) tapi sempat lagi tanya “adakah kami tak menyesal tolak tawaran berharga tu...?”....sempat lagi tu....

Hati-hatilah kalau didatangi orang macam ni. Diorang memang pandai bercakap dan memujuk sampaikan tanpa kita sedari, kita mungkin akan terjerat...

Saturday, 10 July 2010

Salah Guna Pinjaman Pendidikan

(image: google)
Sekarang ni musim pendaftaran pelajar-pelajar baru di IPT. Macam-macam ragam kita boleh tengok. Yang pastinya, wajah kegembiraan ibu bapa/keluarga yang turut sama menghantar anak-anaknya masa pendaftaran tu. Huii..siapa tak bangga, anak dapat belajar kat IPT,kan. So, adik-adik semua, belajarlah rajin-rajin. Peluang dah diberi, gunakanlah sebaik mungkin. Hadiahkanlah kejayaan pada ibu bapa/keluarga yang telah bersusah payah selama ini, juga pada diri sendiri. Selamat menikmati saat-saat bergelar mahasiswa/siswi. Kehidupan di IPT pasti akan menjadi antara kenangan terindah untuk dikenang nanti......

Sebenarnya, entri saya tentang pinjaman pendidikan. Saya percaya ramai adik-adik yang sedang belajar di IPT mendapat pinjaman, kan! Dalam Berita Harian (Varsiti) ada menyentuh tentang “Salah Guna Pinjaman”.
Sedikit sedutan: “segelintir pelajar IPT yang menerima pinjaman pendidikan, antaranya daripada PTPTN dikatakan membazir bantuan kewangan itu dengan membeli pakaian berjenama, telefon bimbit, berpeleseran dan melabur dalam skim cepat kaya sebaik pinjaman dikeluarkan awal semester pengajian”. (TQ Varsiti, BH).

Heh..heh..al-maklumlah, tiba-tiba dapat duit banyakkan, so cepatlah gelap matanya. Bila check akaun, alamak...duit dah masuklah. Apa nak beli ye...??? Macam-macam dah terbayang kat kepala. Tapi, sampai tengah semester, duit pinjaman dah habis. Jangankan nak guna untuk tujuan belajar, nak makan pun kena ikat perut. Paling murah, makan maggi hari ni, esok, lusa dan seterusnya sampailah dapat duit pinjaman untuk semester akan datang. Masa ikat perut tu, rasa menyesal dan janji pada diri sendiri, lepas ni akan jimat cermat. Tapi, bila dapat duit pinjaman lagi, terus lupa janji-janji yang dibuat pada diri sendiri tu.

Masa zaman saya belajar dulu, biasa kita dengar siswa/siswi makan maggi. sebab duit pinjaman dah habis atau lambat dapat. Setiap kali semester baru dibuka, rata-rata pelajar kena ikat perut dulu (ni kes duit semester lepas dah licin), tunggu duit masuk. Bila dah masuk..yehhh...pakcik/makcik kayo....heh..heh... Saya dulu dapat pinjaman, tapi memang still kena jimat cermat, takut duit tak cukup untuk cover satu semester. Kena pandai-pandai bajet. Yelah, untuk belanja harian lagi, makan, buku, fotostat, etc. Nasib baik saya bukan kaki shopping, kalau tak haru....

Kesimpulannya, dapat duit banyak memang best, tapi ingatlah hari-hari depan yang masih memerlukan duit. Janganlah susahkan ibu bapa/keluarga semata-mata sebab keborosan sendiri. Sendiri mahu ingatlah....