Thursday 13 January 2011

Sudah tiba masanya....

Setelah berehat panjang, aku dan en asrul sepakat untuk meneruskan kembali projek besar yang dah lama terhenti. Projek menambah bilangan ahli keluarga..heh..heh...


Usaha pertama ke arah menjayakan projek besar tu, appointment dengan Gyne. dah pun dibuat. Dan berdasarkan perbincangan, satu keputusan bersama telah dicapai. Insyaallah esok pagi aku akan jalani minor operation, D&C and polypectomy. Doakan semoga semuanya berjalan lancar ye....  


Sebelum ni, selalu orang tanya, tak nak tambah anak lagi ke? Dah kahwin, orang tanya bila nak ada anak. Bila dah beranak sorang, orang tanya lagi bila nak tambah lagi. Takpalah, tu tandanya orang prihatin dengan kita. Tak gitu?


Sebenarnya, bukannya taknak tambah lagi anak, memang NAKKKKKkkkk SANGATTTT...Malahan, kitorang tak pernah amalkan apa-apa perancang keluarga pun. Cuma rezeki tu belum ada lagi.


Jangan tak tau, aku idamkan anak 5 orang, tau. Tapi tu dulu la...memandangkan tahap umur sekarang ni, aku tak fikir sasaran tu akan tercapai. Buat masa ni, memadailah dapat tambah seorang dua lagi adik untuk Nurin hana....heh..heh...nak lebih jugak...


Sebenarnya, kitorang termasuk dalam golongan pasangan yang sukar dapat anak yang tak diketahui punca masalahnya. Nurin hana adalah anugerah terindah yang Tuhan berikan pada kitorang setelah puas berusaha.

Alhamdulillah, berkat kesabaran, dengan dibantu kepakaran Gyne dr hamid serta izin-NYA, aku dapat merasa pengalaman mengandung dan melahirkan Nurin hana. Momen indah yang dah lama ditunggu...


Awal tahun lalu, beberapa kali kitorang ada buat rawatan bersesuaian. Tapi, percubaan-percubaan tu tak berjaya. Nampaknya, Tuhan masih ingin menguji hamba-hambanya ini.

Biasanya, lepas satu-satu rawatan, pesakit kena berehat sebulan dua, lepas tu baru sambung rawatan lagi.

Tapi, lepas percubaan-percubaan tu tak berjaya, kitorang memutuskan untuk mencuba secara semula jadi semula dulu. Di samping, menguatkan semangat, tekad dan kesabaran. Hanya yang pernah ada pengalaman buat rawatan sebegini je yang tau macam mana perasaannya. Sebab tu, semangat dan kesabaran yang kuat sangat-sangat diperlukan.

So, tahun ni kitorang akan all out semula, berjumpa dengan Gyne dan memulakan semula rawatan sewajarnya. En asrul, sila simpan cuti secukupnya yerr dan jaga poket selalu...heh..heh.....


So, Nurin hana...sabar ye....ibu dengan papa akan terus berusaha dapatkan adik untuk awak ye...supaya awak ada kawan bermain dan bergaduh...Nanti awak tak sunyi lagi.....

10 comments:

  1. Mas, good luck ya. Aku doakan rezeki ekau utk dpt baby dimurahkan & dipermudahkan Allah. Good for you sebab dah letak sasaran nak all out this year. At least dengan usaha+doa insyaAllah akan berhasil. As usual, aku sangat2 memahami. Btw, think positive and rajin2 la ambik suppliment apa2 yg patut utk sihatkan badan. Good health = good results, InsyaAllah. All the best....

    ReplyDelete
  2. selamat berjaya ya.semoga semuanya dipermudahkan.Amin :)

    ReplyDelete
  3. ibunurin @ mas yeee...sama lah kite, elly pon susah nye nk dpt no2. xpelah, sama2 kita berusaha ye. yg pasti, kita dh tunaikan t'jawab kite-dan terbukti dgn adenye seorg cahayamata.itu juga memadai bukan?elly pon baru jumpa gynae..alhamdulillah, xde masalah.just wait & see klo ade rezeki..semoga sama2 kita dpt baby no 2 ek!hehehheee

    ReplyDelete
  4. sabar ye mas...usaha tangga kejayaan:)

    ReplyDelete
  5. elly, sama2lah kita berusaha ek...moga ada rezeki untuk kita. amin.

    ReplyDelete
  6. cik put...nko ker???
    bila nko berkecimpung dalam arena blogging ni...?
    anyway, thanks dear...
    aku pun teringin nak tambah anak macam nko jugak...comel2 gitu...

    ReplyDelete