Sempena salah seorang Lab group, en saiful berjaya naik pangkat, so kami semua meraikannya pergi makan tengahri di luar. Dah 5 minggu lebih bersantap kat residence je, kena ubah angin pulak.
So, en saiful bermurah hati belanja kami semua, 7 orang. Patutnya 8 orang, tapi farah tak jadi joint pulak. Farah marah dengan kami ke sebab asyik gu kan dengan en saiful je? Mana taknya, boleh katakan hari-hari, bagai dijanji, depa pakai sedondon. So seronoklah kami mengusik. Jangan marah ye farah…gurau-gurau je.. Minggu depan takdalah farah dan kita semua gurau-gurau lagi…
So,kemana destinasi makan-makan tu? Lab kat kelana jaya, kami berjalan jauh sikit ke shah alam, terjah nyonya kitchen, betul-betul sebelah plaza masalam. Hah…ada siapa tak tau ke plaza masalam tu? Yang famous tu…Kalau siapa yang tak tau tu, silalah google, nanti taulah apa yang menyebabkan plaza tu diperkatakan ramai orang...

Ini pertama kali aku ke sini. Sama jugak dengan member lain. En zamani yang recommend. Dia biasa makan situ. Nampaknya ramai orang datang makan sini, kebanyakannya secara berjemaah (berkumpulan la....). Maknanya memang sedap la.
Nyonya kitchen ni, restoran nyonya cuisine. Kalau siapa-siapa yang kepingin, jemputlah kat sini. Memang tak rugi sebab memang sedap hingga menjilat kaki, hehehh..hehh... Harga pun berpatutan. Tak nak ambil ala carte, boleh ambil set. Kalau datang berkumpulan, eloklah ambil set, lebih murah, katanya. Nak lauk lain, tambah je lah.
Kami ambil set, lepas tu tambah dengan lauk-pauk lain. Antara menu yang kami order, sambal udang petai, sotong goreng, ikan geram assam, kari ikan, sayur campur, sayur kacang botol. Pencuci mulutnya pulak cendol... Cendol tu aisnya sangat-sangatlah halus, tak macam yang biasa aku tengok, berketul-ketul. Selain tu juga, ada jugak pai tee. Untuk appertizer, depa bagi acar dengan kacang tanah goreng.
Disebabkan aku puas hati makan, secara automatik aku meng apply membership card. Aku pun tak tau entah bila kad tu akan digunapakai. Sekarang ni memang trendkan, banyak premis offer kad. Untuk loyalty la ni. Dengan adanya kad tu, secara automatik next time pergi makan sana, dapat 5% diskaun. Lepas tu, boleh collect point, boleh tukar dengan makanan lain yang setara dengan point yang ada. So, kalau korang minat nak makan sini, bolehlah pinjam kad aku. Mai datang ambil kat rumah...
TQ daun keladi pada en saiful, sudi membelanja kami semua. Lain kali belanja lagi ye... ;D
No comments:
Post a Comment