Hi semua...
Kehidupan kita sebagai suami dan isteri ni ada pasang surutnya. Ada masa sejuk, ada masa panas, ada masa suam. Kenalah kita pandai mengawal dan mengurusnya sebaik-baiknya.
So, sempena Jumaat ni, aku ada tips menarik yang boleh kita kongsi bersama, khusus untuk kita yang bergelar suami dan isteri. Tapi extra special untuk para suami. Ni bersumberkan dari Bhg. Psikologi ofis aku.

Pertama: Suami perlu menjadi pemimpin yang baik dan role model kepada isteri dan anak-anak. Iman dan taqwa adalah kunci kebahagiaan keluarga.
Peranan lelaki bergelar suami ni amatlahh penting dalam kehidupan. Walaupun suami kita tu berjawatan rendah dari kita, bergaji rendah dari kita, dia tetap ketua dan pemimpin dalm rumah.
Suami kenalah mainkan peranan sebagai pemimpin dengan baik. Sentiasa tunjukkan teladan yang baik kepada isteri dan anak. Sentiasa berperilaku baik dan terpuji, barulah anak membesar dalam persekitaran yang baik. Ni, perangai pun macam hantu, macamana anak nak jadi orang. Apa kes...

Kedua: Jangan tidak pedulikan isteri yang sedang merajuk atau berkecil hati. Buangkan ego anda. Minta maaf jika suami bersalah dan pujuk dengan mesra.
Ha..yang ni kadang-kadang orang lelaki terlepas pandang. Atau ambil mudah pasal perasaan orang perempuan ni. Ada para suami yang tak peka pada perubahan isterinya.
Contohnya, tengah sembang-sembang, tetiba isteri jadi senyap atau hilang ceria. Ha..tu tandanya ada sesuatu telah berlaku. Kena ingat, orang perempuan ni sesetengahnya jenis tak suka luahkan perasaannya yang terluka tu. Suamilah kena pandai kesan isterinya terasa ke, apa ke. Ni, buat donno je...Kesian isteri...Takda orang nak pujuk...

(maybe isteri kalau merajuk, kena cakap macam ni kat suami yang hati beku tu, " Yang...I merajuk ni tau...").
Ketiga: Tanamkan sifat menghomati isteri anda yang banyak menjaga makan minum dan anak-anak anda berada di rumah.
Hornatlah isteri anda. Jangan sesekali merendah-rendahkan dirinya. Isteri juga adalah manusia, selayaknya untuk dihormati. Bukan diperkotak katikkan sesuka hati. Walaupun isteri tu hanya surirumah, tapi kena ingat, besar peranannya dalam rumah tu, kemas rumah, main masak-masak, dan macam-macam lagi.
Keempat: Jika isteri melakukan salah atau ada perangai yang suami tidak sukai, tegur dengan baik dan bijaksana. Jangan sesekali memukul isteri.
Pada aku, seorang suami tak seharusnya naik tangan kat isteri. Kalau ada buat salahpun, ada caranya untuk tegur. Bukan mulut bercakap, lepas tu tangan pun sama naik. Kesian kat kat isteri tu.
kalau dah tak suka sangat kat isteri tu, janganlah dera-dera pulak, lepaskan secara baik. aku tak suka orang lelaki yang suka naik tangan kat orang perempuan. Tak gentleman langsung. Pukul orang yang lemah. Kalau berani, hantarlah isteri tu pergi kelas boxing ke, silat ke, lepas tu boleh masing-masing beradu tenaga, siapa kuat. Barulah adilkan.

Kelima: Ambil berat akan kesihatan isteri anda. Sekiranya serius, bawalah ke klinik.
Kalau isteri dah bagi sign tak sihat tu, buatlah apa-apa yang patut. Jangan buat donno je. Tanya dulu sebagai tanda ambil berat, lepas tu bolehlah bawak ke klinik. Temanlah sekali ke klinik. Bukannya suruh isteri pergi sensorang. Dahlah badan tak sihat, hati pun jadi sakit jadinya. Terbakar je rasa, kan.
Keenam: Isteri tidak suka suami membandingkan dia dengan wanita lain/ibu mertua baik dari segi paras rupa, masakan dan sebagainya.
"U masak tak sedaplah, tak macam mak I masak.." Hah, mahu bernanah hati kalau dengar macam tu kan.. Kalau sungguh tak sedap pun, atau tak suka pun, tak payahlah sakitkan hati isteri sampai macam tu. Bandingkan pulak dengan orang lain, macam mak mertua ke. Yalah, suami tu dah makan masakan mak dia berpuluh tahun dah, dah sebati dengan dirinya, tentulah tu yang paling sedap, paling lazat sekali.
Ada cara lain untuk menegur...
Ketujuh: Sentiasa meringankan kerja dan mebantu isteri membuat kerja di rumah.
Kalau kat rumah, sama-samalah berganding bahu buat kerja. Terutama kalau suami isteri bekerja. Sama-sama kerja, sama-sama penat. Bila isteri tengah sibuk berperang kat dapur, suami pulak bukannya berlunjur kaki nonton tv, tapi tolonglah buat kerja rumah lain, macam lipat kain ke, masukkan kain baju kotor dalam mesin basuh ke.
Isteri pun sejuk je hati tengok suami sudi ringankan beban isterinya. Masak pun dengan rasa gembira, dan hasilnya pasti masakan tu lazat tak terkira. Cepat kerja beres, cepatlah jugak boleh berehat. Kalau tak, semua kena isteri buat sensorang, sambil masak, masuk kain dalam mesin basuh. Bila badan penat, emosi pun terjejas tau....

Kelapan: Pulanglah awal sekiranya anda keluar dengan kawan-kawan terutamanya pada waktu malam. Ingat tanggungjawab dan keluarga anda di rumah.
Kalau berhorey-horey dengan kawan-kawan tu, ingat-ingatlah keluarga tercinta di rumah. Agak-agak sikitlah kalau nak bersuka ria tu. Janganlah dah berdenting jam dua belas kali pun, batang hidung pun tak nampak. Tapi, kalau sesekali keluar dengan kawan-kawan tak salahlah. Ni kes yang hari-hari asyik keluar je. Apa kes ni? Kawan-kawan lebih utama ke dari keluarga? Sendiri mau ingatlah.
Kesembilan: Jagalah maruah dan aib isteri sebagaimana isteri anda menjaganya.
Salah satu pantang larang dalam hidup berumahtangga, jangan sesekali merendah-rendahkan atau memalukan pasangan kita terutamanya di depan orang. Nak marah-marah, atau nak ajak gaduh pun, pergi masuk bilik, ha..guduhlah dalam tu. Pada aku, depan anak pun jangan buat benda-benda macam tu. Walaupun, anak kita baru kanak-kanak, tapi kena ingat dia ada perasaan, ada mata, ada telinga. Emosi anak kena jaga.
Ada jugak kes, suami marah-marah ister kat tempat awam. Terkulat-kulatlah isterinya tu. Kalau boleh menyorok, dah menyorok agaknya. Nada suara dahlah tinggi. Memang tak tahu malu sungguh...Memang bengong betul....
Kesepuluh: Bersama-sama menjaga kebersihan diri dan rumah anda. Sekiranya anda merokok, elakkan merokok di dalam rumah serta di hadapan isteri dan anak.
Isteri mengemas, suami tukang sepahkan. Lepas makan, biar je atas meja, tak reti-reti nak kemaskan. Bersepah plastik roti, sudu, cawan. Tak ke berbulu mata isteti tengok macam tu. Toilet pun lepas guna, pam lah elok-elok. Janganlah tinggalkan sisa buangan tu untuk orang lain tengok. Check dulu, sebelum keluar toilet.
Kepada suami-suami yang merokok pulak, please...please lah..tak payahlah tunjuk depan anak-anak kelakuan tu. Tak payahlah nak bangga-bangga depan anak-anak, hisap rokok, hembus asap berkepul-kepul. Bukan kelakuan terpuji tu. Nak merokok, pergilah jauh-jauh, jauh dari pandangan anak-anak. Habuk rokok tu pulak, buanglah dalam bekas sepatutnya. Jangan sepah-sepah atas lantai. Nanti siapa nak kemas? Isteri jugak......
Bila dah selesai "mengambil nafas" tu, makanlah gula-gula ke, apa-apa la yang boleh hilangkan bau mulut. Sembur sikit parfume tu kat badan/baju bagi wangi. So, isteri nak dekat pun senang hati. Ni, dengan bau pahit, isteri terpaksarela je sembang-sembang dengan suami sambil kembang kempis hidung tahan nafas. Tu kira dera jugak tu...
Pastu, jangan lupa sentiasa bersihkan diri. Mana tau, kot kat luar sana ada suami-suami yang malas mandi. Kalau mandi pun, buat syarat je. Dengan tak bersabunnya. Sabun dalam bilik air tu buat hiasan je, untuk wangikan bilik air, bukannya nak wangikan badan sendiri. Apa salahnya berwangi-wangian, bukan untuk siapa pun, untuk pasangan kita jugakan...
= yang baik itu jadikan teladan, yang buruk itu jadikan sempadan=
Mas, point ke 2 and ke 7 sentiasa jadi topic panas dlm rumah ni...yeehaaa...
ReplyDeleteOooo.. baru saya tahuu... :-P
ReplyDeletetips yg bagus ni.. klu print & tampalkan kat rumah lg baik kot.. he..he.. iyelah kdg tu terlepas pandang.. yg tak patut buat pun kita buat.. thanks for sharing..
ReplyDeleteIca, standardlah tu....heh..heh...
ReplyDeleteEn Pala, tu ingatan buat para suami. Nak ambil hati isteri, buatla benda2 tu semua..
ReplyDeleteHanis, bagus jugak tampal tu. Boleh sama-sama suami isteri baca. Kita ni kan kadang2 ambil mudah satu2 perkara kan...
ReplyDeleteTip yg baik
ReplyDeleteDan patut di pratikanya.
Tip yg baik
ReplyDeleteDan patut di pratikanya.