Wednesday, 20 July 2011

Menanti Lagi Detik Indah itu...

"Eh, sorang lagi ke? Bila nak tambah lagi?"

"Yang sulung ni dah besar ni, sesuai untuk dapat adik lagi..".

"Takda lagi ke?"

Hmmm....tu antara lontaran pertanyaan demi pertanyaan yang diaju kat aku. Adakah tu tanda si penanya prihatin? Atau kaki sibuk? Takpalah, kita berprasangka baik sajalah, semua orang yang tanya tu sebab ambil berat kat kita kan...

Aku faham, orang tengok Nurin hana pun dah besar, 4 tahun dah pun. Nurin hana sendiri pun dah pandai minta adik. Ayat yang selalu diulang-ulangnya, "Nurin hana sorang je. Takda abang, takda kakak, takda adik.." Errkk..tergamam aku.."Na, kalau adik tu boleh beli kat kedai, dah lama ibu beli ...". Masalahnya, adik tu bukannya barang mainan, yang boleh di merata-rata (tolak kes jual beli bayi ye..).

Ya, kitorang suami isteri ni tergolong di kalangan pasangan yang bermasalah untuk mendapatkan anak ni. Aku tahu, masalah ini turut dikongsi oleh ramai pasangan di luar sana. Bukan semua orang bertuah, baru kawin sebulan dua, dahpun "melekat" ataupun orang tua selalu kata, "dah berisi". Semua tu kan rezeki masing-masing...Tu kengkadang aku tak faham, macamana orang boleh tergamak buang bayi merata-rata. Tak tau ke dia, yang dibuangnya tu adalah "harta" yang sangat berharga. Tapi, begitulah, masa ada, tak dihargai. Bila takda, mengharap-harap pulak..

Kelahiran Nurin hana adalah "magis", kalau aku boleh katakan begitu. Setelah puas berusaha ke sana sini, moden, tradisional, akhirnya baru membuahkan hasil setelah 5 tahun menanti.

Setelah kelahiran Nurin hana, kitorang terus berusaha untuk yang seterusnya pula. Sesetengah pasangan, mungkin kesukaran dihadapi untuk mendapatkan anak pertama saja, tapi alhamdulillah lebih mudah untuk yang kedua dan seterusnya. Ni adalah berdasarkan pengalaman bff aku, ica. Ica juga hadapi masalah seperti kami. Tapi, setelah lahir yang pertama, lahir yang kedua dan yang ketiga. Mudahkan..Sekali lagi, semua tu rezeki Tuhan.

Tapi, nampaknya tidak begitu pada kitorang suami isteri. Nampaknya, laluan kali ni jugak sukar sepertimana terdahulu. Tapi, kitorang takkan putus berusaha. Insyaallah, selagi diizinkan-NYA, akan terus berusaha dan berusaha. Sesungguhnya, Tuhan lebih tahu apa yang terbaik buat hambanya...

Apapun, kitorang tetap bersyukur, telah dikurniakan seorang anak yang sihat dan comel. Berbanding di luar sana, yang masih ramai menanti detik itu.

2 comments:

  1. insyaAllah.. ada rezki tak ke mana kan.. akak pun susah gak nak mengandung. sama2lah kita usahakan.. mudah2an tahun depan kita dapat baby baru lagi.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Insyaallah...mudah-mudahan ada rezeki untuk kita nanti... :)

    ReplyDelete