Monday 3 October 2011

Meraih perhatian si kecil

(sumber: Utusan Malaysia, 22 Sept 2011)

Kesibukan ibu bapa berkerja kerap kali membuatkan masa untuk berada di sisi anak-anak begitu terbatas.

Maka tidak hairanlah apabila si kecil lebih mesra dan selesa dengan pembantu rumah atau adik beradiknya yang lain berbanding dengan ibu bapa sendiri.

Mengimbangi keadaan itu banyak cara boleh dilakukan bagi 'membayar balik' masa bersama anak-anak yang hilang disebabkan kesibukan bekerja di pejabat.

Antara tip mudah yang boleh dilakukan:


1) Jangan bawa balik kerja ke rumah


Ketika di rumah, masa ibu bapa sepatutnya milik penuh anak-anak bukannya membuat kerja-kerja pejabat yang dibawa pulang.
Sebaiknya luangkan masa sepenuhnya untuk bermesra dan bergurau senda dengan anak-anak.

Hmmm...kengkadang kesibukan di opis sambung menyambung ke rumah. Berangkut bagai semua kerja-kerja opis tu buat kat rumah. Kesian anak kan....dahlah kita takda kat rumah sehari suntuk, bila dah ada depan depa pun, kita still sibuk nak buat kerja opis lagi. Sebab tu, aku kalau bawka kerja opis balik aku akan buat lepas dia tidur atau.....tak buat terus sebab aku dah tertidur masa nak tidurkan dia....

2) Keluar bersiar-siar


Sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan bawalah anak-anak keluar. Banyak yang boleh dituju atau dilakukan seperti keluar makan, ke taman permainan, bermain di pantai, berkunjung ke zoo atau muzium. Lebih bagus kalau tempat atau aktiviti yang mahu dilakukan sesuatu yang disukai anak-anak. Apa yang penting aktiviti itu dilakukan hanya membabitkan ibu bapa dengan anak-anak.

Ni aktiviti yang selalu dipraktikkan. Bila weekend, bawak Nurin hana breakfast kat kedai. Sesekali pegi jogging kat taman sama-sama. Bawak main kat taman. Pergi jalan-jalan makan angin. Penting tu, supaya dia tak terperap dalam rumah je. Terbuka minda. Dahlah kat rumah tu bila toleh kanan nampak papa, toleh kiri nampak ibu. Pendek kata pergilah sudut manapun dalam rumah, memang nampak ibu dengan papa je la... Kalau ada adik, bolehlah main-main dengnan adik kan...Apa nak buat, belum rezeki nak tambah ahli keluarga...

3) Minta bantuan si kecil


Ibu bapa sering menyuruh anak-anak bermain sendiri supaya mereka tidak menganggu ketika ibu bapa sedang sedang bercakap di telefon atau ketika sedang memasak di dapur.
Jadi supaya si kecil tidak menjadi 'pengganggu' sekali gus tidak membuatkan diri mereka berasa kurang penting, libatkan mereka dalam kegiatan anda yang tidak terlalu rasmi.
Antaranya, seperti meminta mereka bersama-sama membantu mencuci kereta, berkebun, mengemas rumah atau membantu memasak di dapur.
Ini akan membantu membenihkan rasa percaya pada diri sendiri kerana dengan cara sedemikian anak akan berasa dihargai atas usahanya.

Yes, anak-anak memang suka kalau kita libatkan dia dalam semua aktiviti yang kita lakukan. Lagipun, elok untuk didik dari kecil untuk tolong ibu bapa kan. Melentur buluh biarlah dari rebung. Nurin hana memang suka benar kalau dapat tolong kitorang. Antara part yang paling dia suka adalah, cuci pinggan dan cawan. Bukan pinggan dan cawan kaca ye, plastik je. Sebijik cawan akan mengambil masa seperti membasuh berbijik-bijik cawan. Main air la...apa lagi.. Tapi, at least, ada usaha di situ untuk tolong basuh kan... Nurin hana pun dah pandai lipat kain baju dia, dek gara-gara selalu benar tolong kitorang. Walaupun tak kemas mana macam yang kita buat tapi pujian tetap diberikan sebagai tanda penghargaan. So, next time dia akan tolong lagi...

4) Hadiah


Tidak harus selalu memberikan hadiah untuk membuat anak gembira. Sebaliknya, pelukan, ciuman, pujian, belaian dan sentiasa berada di sisinya merupakan hadiah yang luar biasa yang boleh diberi oleh oleh ibu bapa kepada anak-anak.
Secara emosi, pelukan, ciuman, pujian dan belaian akan membekas di benak anak dan membuatkan si kecil selalu mengingati dakapan hangat ibu bapa mereka.
Mereka akan berasa dilindungi secara fizikal mahupun emosi.

Setuju sesangat. Hadiah paling best untuk anak adalah pelukan, ciuman, pujian dan sewaktu dengannya. Lagipun, masa kecik ni la kita boleh nak peluk-peluk dan cium selalu. Esok dah besar, tak nak nya dia. Tapi, apa salahnya pun kalau dah besar panjang pun, masih lagi dipeluk dan dicium oleh ibu bapa.
Aku percaya, anak yang selalu dipeluk dengan penuh kasih sayang, akan lebih mendengar kata (dalam erti kata lain, tak degil la...).

2 comments:

  1. Mas, tepat betoi entry ni mcm terkena pulak kat batang hidung aku nih. Yg paling malang sekali sebab aku every time bawak balik kerja kat rumah. Kalu tak kena kerja sabtu...baik aku buat kat rumah...huhuhu...sah-sah sebab kena buli. But mmg kalau ada peluang tu, aku akan bawak budak2 keluar jalan2...kurang2nya depa pilih apa aktiviti yg nak buat...so berbayar balik la wpun tak seberapa. Best lagi jadi sahm kan...tapi apa kan daya. Ehhh, mcm sesi luahan perasaan le pulak...hahaha.

    ReplyDelete
  2. Ca, aku rela bawak balik keja ke rumah, dari kena datang weekend.
    Tapi, tu la, bawak balik keje ni, kena semangat kuat nak bukak laptop dan sudahkan keje tu.. Kang terbungkang saja depan laptop. Keje ke mana, apa ke mana... :)

    ReplyDelete