Wednesday 30 March 2011

Meraikan orang naik pangkat

Sempena salah seorang Lab group, en saiful berjaya naik pangkat, so kami semua meraikannya pergi makan tengahri di luar. Dah 5 minggu lebih bersantap kat residence je, kena ubah angin pulak.

So, en saiful bermurah hati belanja kami semua, 7 orang. Patutnya 8 orang, tapi farah tak jadi joint pulak. Farah marah dengan kami ke sebab asyik gu kan dengan en saiful je? Mana taknya, boleh katakan hari-hari, bagai dijanji, depa pakai sedondon. So seronoklah kami mengusik. Jangan marah ye farah…gurau-gurau je.. Minggu depan takdalah farah dan kita semua gurau-gurau lagi…

So,kemana destinasi makan-makan tu? Lab kat kelana jaya, kami berjalan jauh sikit ke shah alam, terjah nyonya kitchen, betul-betul sebelah plaza masalam. Hah…ada siapa tak tau ke plaza masalam tu? Yang famous tu…Kalau siapa yang tak tau tu, silalah google, nanti taulah apa yang menyebabkan plaza tu diperkatakan ramai orang...

Ini pertama kali aku ke sini. Sama jugak dengan member lain. En zamani yang recommend. Dia biasa makan situ. Nampaknya ramai orang datang makan sini, kebanyakannya secara berjemaah (berkumpulan la....). Maknanya memang sedap la.

Nyonya kitchen ni, restoran nyonya cuisine. Kalau siapa-siapa yang kepingin, jemputlah kat sini. Memang tak rugi sebab memang sedap hingga menjilat kaki, hehehh..hehh... Harga pun berpatutan. Tak nak ambil ala carte, boleh ambil set. Kalau datang berkumpulan, eloklah ambil set, lebih murah, katanya. Nak lauk lain, tambah je lah.

Kami ambil set, lepas tu tambah dengan lauk-pauk lain. Antara menu yang kami order, sambal udang petai, sotong goreng, ikan geram assam, kari ikan, sayur campur, sayur kacang botol. Pencuci mulutnya pulak cendol... Cendol tu aisnya sangat-sangatlah halus, tak macam yang biasa aku tengok, berketul-ketul. Selain tu juga, ada jugak pai tee. Untuk appertizer, depa bagi acar dengan kacang tanah goreng.

Disebabkan aku puas hati makan, secara automatik aku meng apply membership card. Aku pun tak tau entah bila kad tu akan digunapakai. Sekarang ni memang trendkan, banyak premis offer kad. Untuk loyalty la ni. Dengan adanya kad tu, secara automatik next time pergi makan sana, dapat 5% diskaun. Lepas tu, boleh collect point, boleh tukar dengan makanan lain yang setara dengan point yang ada. So, kalau korang minat nak makan sini, bolehlah pinjam kad aku. Mai datang ambil kat rumah... 

TQ daun keladi pada en saiful, sudi membelanja kami semua. Lain kali belanja lagi ye... ;D

Monday 28 March 2011

Seminggu je lagi masa untuk bergembira

Pejam celik, pejam celik, dah selesai 5 minggu aku berada di lab. Ini bermakna, tinggal lagi seminggu untuk bertapa di sini. Tinggal lagi seminggu jugak untuk aku berulang alik ke kelana jaya.

Maknanya minggu depan, dah kena masuk ofis. Kembali ke tugas asal. Apa perasaan aku sekarang? Gembira nak masuk kerja semula? Atau sedih untuk tinggalkan lab?

Heh..hehehh.....Kalau ikutkan, malas betul nak masuk ofis. Lagi enjoy dan gembira duduk dalam lab ni. Diskusi demi diskusi, settle untuk satu hari. Besok, sambung semula. Buat kerja untuk hari ni, settle, balik dengan senang hati. Besok buat lain pulak. Kalau masuk kerja, dah balik rumah pun, kepala masih ingat kat kerja ofis. Mana tak stress kalau macam tu hari-hari.

Lab member pun sporting dan very cooperative. Walaupun datang dari lain-lain agensi dan pelbagai pangkat, tapi boleh bekerjasama antara satu sama lain. Takda istilah "kau""aku". Makan pun sedap. Serius, balik ni aku kena timbang berat. Dapat rasakan badan dah kembang semacam. Breakfast makan berat. Tengahari, apatah lagi, memang berat. Minum pagi, minum petang, dengan kuih pulak. Jangankan aku, boleh dikatakan semua yang masuk lab ni, badan membesar bagai johan. Lepas ni, kena jogging lebih kerap la, senaman naik turun tangga.

Pendekata, duduk lab memang lagi seronok dari masuk ofis.....Masa seminggu yang tinggal lagi ni, kena dinikmati sepenuhnya hingga ke detik terakhir...sebelum kembali stress seperti sedia kala.

Friday 25 March 2011

Tips: 10 Cara Suami Melayan Isteri

Hi semua...

Kehidupan kita sebagai suami dan isteri ni ada pasang surutnya. Ada masa sejuk, ada masa panas, ada masa suam. Kenalah kita pandai mengawal dan mengurusnya sebaik-baiknya. 

So, sempena Jumaat ni, aku ada tips menarik yang boleh kita kongsi bersama, khusus untuk kita yang bergelar suami dan isteri. Tapi extra  special untuk para suami. Ni bersumberkan  dari Bhg. Psikologi ofis aku.

Pertama: Suami perlu menjadi pemimpin yang baik dan role model kepada isteri dan anak-anak. Iman dan taqwa adalah kunci kebahagiaan keluarga.

Peranan lelaki bergelar suami ni amatlahh penting dalam kehidupan. Walaupun suami kita tu berjawatan rendah dari kita, bergaji rendah dari kita, dia tetap ketua dan pemimpin dalm rumah. 

Suami kenalah mainkan peranan sebagai pemimpin dengan baik. Sentiasa tunjukkan teladan yang baik kepada isteri dan anak. Sentiasa berperilaku baik dan terpuji, barulah anak membesar dalam persekitaran yang baik. Ni, perangai pun macam hantu, macamana anak nak jadi orang. Apa kes...

Kedua: Jangan tidak pedulikan isteri yang sedang merajuk atau berkecil hati. Buangkan ego anda. Minta maaf jika suami bersalah dan pujuk dengan mesra.

Ha..yang ni kadang-kadang orang lelaki terlepas pandang. Atau ambil mudah pasal perasaan orang perempuan ni. Ada para suami yang tak peka pada perubahan isterinya. 

Contohnya, tengah sembang-sembang, tetiba isteri jadi senyap atau hilang ceria. Ha..tu tandanya ada sesuatu telah berlaku. Kena ingat, orang perempuan ni sesetengahnya jenis tak suka luahkan perasaannya yang terluka tu. Suamilah kena pandai kesan isterinya terasa ke, apa ke. Ni, buat donno je...Kesian isteri...Takda orang nak pujuk...
(maybe isteri kalau merajuk, kena cakap macam ni kat suami yang hati beku tu, " Yang...I merajuk ni tau...").

Ketiga: Tanamkan sifat menghomati isteri anda yang banyak menjaga makan minum dan anak-anak anda berada di rumah.

Hornatlah isteri anda. Jangan sesekali merendah-rendahkan dirinya. Isteri juga adalah manusia, selayaknya untuk dihormati. Bukan diperkotak katikkan sesuka hati. Walaupun isteri tu hanya surirumah, tapi kena ingat, besar peranannya dalam rumah tu, kemas rumah, main masak-masak, dan macam-macam lagi.

Keempat: Jika isteri melakukan salah atau ada perangai yang suami tidak sukai, tegur dengan baik dan bijaksana. Jangan sesekali memukul isteri.

Pada aku, seorang suami tak seharusnya naik tangan kat isteri. Kalau ada buat salahpun, ada caranya untuk tegur. Bukan mulut bercakap, lepas tu tangan pun sama naik. Kesian kat kat isteri tu. 

kalau dah tak suka sangat kat isteri tu, janganlah dera-dera pulak, lepaskan secara baik. aku tak suka orang lelaki yang suka naik tangan kat orang perempuan. Tak gentleman langsung. Pukul orang yang lemah. Kalau berani, hantarlah isteri tu pergi kelas boxing ke, silat ke, lepas tu boleh masing-masing beradu tenaga, siapa kuat. Barulah adilkan. 

Kelima: Ambil berat akan kesihatan isteri anda. Sekiranya serius, bawalah ke klinik.

Kalau isteri dah bagi sign tak sihat tu, buatlah apa-apa yang patut. Jangan buat donno je. Tanya dulu sebagai tanda ambil berat, lepas tu bolehlah bawak ke klinik. Temanlah sekali ke klinik. Bukannya suruh isteri pergi sensorang. Dahlah badan tak sihat, hati pun jadi sakit jadinya. Terbakar je rasa, kan.

Keenam: Isteri tidak suka suami membandingkan dia dengan wanita lain/ibu mertua baik dari segi paras rupa, masakan dan sebagainya.

"U masak tak sedaplah, tak macam mak I masak.." Hah, mahu bernanah hati kalau dengar macam tu kan.. Kalau sungguh tak sedap pun, atau tak suka pun, tak payahlah sakitkan hati isteri sampai macam tu. Bandingkan pulak dengan orang lain, macam mak mertua ke. Yalah, suami tu dah makan masakan mak dia berpuluh tahun dah, dah sebati dengan dirinya, tentulah tu yang paling sedap, paling lazat sekali.
Ada cara lain untuk menegur...

Ketujuh: Sentiasa meringankan kerja dan mebantu isteri membuat kerja di rumah.

Kalau kat rumah, sama-samalah berganding bahu buat kerja. Terutama kalau suami isteri bekerja. Sama-sama kerja, sama-sama penat. Bila isteri tengah sibuk berperang kat dapur, suami pulak bukannya berlunjur kaki nonton tv, tapi tolonglah buat kerja rumah lain, macam lipat kain ke, masukkan kain baju kotor dalam mesin basuh ke. 

Isteri pun sejuk je hati tengok suami sudi ringankan beban isterinya. Masak pun dengan rasa gembira, dan hasilnya pasti masakan tu lazat tak terkira. Cepat kerja beres, cepatlah jugak boleh berehat. Kalau tak, semua kena isteri buat sensorang, sambil masak, masuk kain dalam mesin basuh. Bila badan penat, emosi pun terjejas tau....

Kelapan: Pulanglah awal sekiranya anda keluar dengan kawan-kawan terutamanya pada waktu malam. Ingat tanggungjawab dan keluarga anda di rumah.

Kalau berhorey-horey dengan kawan-kawan tu, ingat-ingatlah keluarga tercinta di rumah. Agak-agak sikitlah kalau nak bersuka ria tu. Janganlah dah berdenting jam dua belas kali pun, batang hidung pun tak nampak. Tapi, kalau sesekali keluar dengan kawan-kawan tak salahlah. Ni kes yang hari-hari asyik keluar je. Apa kes ni? Kawan-kawan lebih utama ke dari keluarga? Sendiri mau ingatlah.

Kesembilan: Jagalah maruah dan aib isteri sebagaimana isteri anda menjaganya.

Salah satu pantang larang dalam hidup berumahtangga, jangan sesekali merendah-rendahkan atau memalukan pasangan kita terutamanya di depan orang. Nak marah-marah, atau nak ajak gaduh pun, pergi masuk bilik, ha..guduhlah dalam tu. Pada aku, depan anak pun jangan buat benda-benda macam tu. Walaupun, anak kita baru kanak-kanak, tapi kena ingat dia ada perasaan, ada mata, ada telinga. Emosi anak kena jaga.
Ada jugak kes, suami marah-marah ister kat tempat awam. Terkulat-kulatlah isterinya tu. Kalau boleh menyorok, dah menyorok agaknya. Nada suara dahlah tinggi. Memang tak tahu malu sungguh...Memang bengong betul....

Kesepuluh: Bersama-sama menjaga kebersihan diri dan rumah anda. Sekiranya anda merokok, elakkan merokok di dalam rumah serta di hadapan isteri dan anak.

Isteri mengemas, suami tukang sepahkan. Lepas makan, biar je atas meja, tak reti-reti nak kemaskan. Bersepah plastik roti, sudu, cawan. Tak ke berbulu mata isteti tengok macam tu. Toilet pun lepas guna, pam lah elok-elok. Janganlah tinggalkan sisa buangan tu untuk orang lain tengok. Check dulu, sebelum keluar toilet.

Kepada suami-suami yang merokok pulak, please...please lah..tak payahlah tunjuk depan anak-anak kelakuan tu. Tak payahlah nak bangga-bangga depan anak-anak, hisap rokok, hembus asap berkepul-kepul. Bukan kelakuan terpuji tu. Nak merokok, pergilah jauh-jauh, jauh dari pandangan anak-anak. Habuk rokok tu pulak, buanglah dalam bekas sepatutnya. Jangan sepah-sepah atas lantai. Nanti siapa  nak kemas? Isteri jugak......

Bila dah selesai "mengambil nafas" tu, makanlah gula-gula ke, apa-apa la yang boleh hilangkan bau mulut. Sembur sikit parfume tu kat badan/baju bagi wangi. So, isteri nak dekat pun senang hati. Ni, dengan bau pahit, isteri terpaksarela je sembang-sembang dengan suami sambil kembang kempis hidung tahan nafas.  Tu kira dera jugak tu...
Pastu, jangan lupa sentiasa bersihkan diri. Mana tau, kot kat luar sana ada suami-suami yang malas mandi. Kalau mandi pun, buat syarat je. Dengan tak bersabunnya. Sabun dalam bilik air tu buat hiasan je, untuk wangikan bilik air, bukannya nak wangikan badan sendiri. Apa salahnya berwangi-wangian, bukan untuk siapa pun, untuk pasangan kita jugakan...


= yang baik itu jadikan teladan, yang buruk itu jadikan sempadan=

Tuesday 22 March 2011

"A Doctor In The House",..................................................For Him

"A Doctor In The House, The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad".
Aku kira, karya seorang yang istimewa, sangat sesuai untuk seseorang yang istimewa dalam hidupku, chenta hati.

Sebelum ni puas aku fikir, apa hadiah anniversary yang nak dibeli untuk en asrul. Kebetulan keluar pulak buku ni, so aku fikir buku ni adalah hadiah terbaik untuknya. From someone special, to someone special too....

En asrul suka membaca buku dalam train, sepanjang perjalanan ke ofis. Kiranya, sesuai sangatlah bagi buku tu. Tapi, disebabkan buku tu tebal dan agak besar, terpaksalah ulit buku tu kat rumah je...Takpalah, janji khatam. Lepas ni, turn aku pulak baca.
"Yang, harap sukalah hadiah tu ye...."

Monday 21 March 2011

Tumbang Lembu

Baru-baru ni, alhamdulillah seekor lembu selamat ditumbangkan. Buat kenduri kahwin ke???
Bukan.....
Kenduri akikah anak-anak buah aku, Syafiq dan Faris. Kenduri dibuat di rumah keluarga aku.
Disebabkan tumbang lembu so menu kebanyakannya berasaskan daging lembu la.
wajah-wajah anak buah aku, Syafiq dan faris.

Terima kasih pada jiran tetangga yang sudi membantu memotong, menyiang, memasak, membasuh, mengemas sepanjang kenduri tu. Terima kasih daun keladi. Terima kasih juga pada yang sudi berkunjung.

Wednesday 9 March 2011

Untuk Chenta Hati, "Kekanda dan Adinda"

Oh Kekanda jgn irihati, Dinda naik pangkat lagi..

Oh Adinda, Kanda mana dengki, malah Kanda support bini..

jadi Dinda mahu mengambil masa
Tapi Kanda mahu segera,


Dinda ingin berjaya dalam kerjaya,
tapi Kanda mahu cahaya mata,

Dinda belum bersedia,
Kanda dah beria ria,


Jadi yg mana satu?
Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,

Oh Adinda, tolong jgn lekas curiga, lekas cemburu buta
oh Kekanda, Dinda perlu berhati hati ,tak rela dikongsi,

Kanda kerja overtime, terlebih masa,
Itu yg Dinda harus berwaspada,


Ini smua demi masa depan keluarga,
dengan Dinda atau sebaliknya?


Kanda kerja malam,
Dinda kerja siang,


Jadi bila nak bertemu?
Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,

Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda!

Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda!

bagaimana? bagaimana kita nak selesaikannya?
apa keputusannya?

Oh Kekanda mari Nyawa, kita cuba komunikasi!
Oh Adinda mari Sayang, kita cuba toleransi!

Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan,


Kanda polar kutub Utara,
Dinda kutub Selatan

komunikasi, sikap toleransi! itu yg kita perlu,
tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,


Walau kita sering dgn cara masing2,
kanda yg Perdana,
Dinda yg Utama,
Kanda sgalaNya..
Dindalah Nyawa,
kita tetap bahagia bila bersama sama
bahagia bersama,
bersama slamanya,

bahagia slama- lamanya!

Sumber:
lagu & lirik oleh: loQue
P&C: Penerbitan Pancasona 2010

Thursday 3 March 2011

Sembilan Tahun Yang Penuh Warna-Warni


Kita pernah sekelas semasa darjah lima
Setahun kita duduk dan belajar di kelas yang sama
Mendapat ajaran dari guru yang sama
Tapi, lucunya, kita tidak pernah kenal satu sama lain
Paling parah, kita tidak pernah dapat mengingati 
Walau sekelumit kenangan pun
 Yang membuktikan kita pernah sekelas
Walaupun puas kita cuba ingat dan kenang
Semuanya kelam
Itulah, kuasa Tuhan
Mengaturkan pada masa lalu
Kita tak pernah kenal
Supaya kita berkenalan "semula" beberapa tahun selepas itu
Perkenalan yang lebih manis dan bermakna

Sesungguhnya, jodoh pertemuan di tangan Tuhan

Kita, dua manusia yang sangat-sangat berbeza
Tapi disatukan atas dasar cinta kasih dan sayang
Melalui tali perkahwinan suci
9 tahun yang lalu

Sememangnya, kita mempunyai minat yang berbeza
Citarasa juga jauh berbeza
Kalau boleh diukur
Mungkin lebih banyak perbezaan berbanding persamaan

 Namun itu semua tidak menjarakkan kita
Kita masih serasi bersama
Sebab kita kan suami isteri
Saling memerlukan antara satu sama lain
Sentiasa belajar menerima perbezaan, kekurangan, kelebihan masing-masing
Setiap perbezaan, pasti ada titik persamaannya
Setiap kekurangan, ditampung oleh kelebihan yang ada
Malahan, perbezaan itulah yang menyatukan kita

Seharusnya tempoh 9 tahun yang telah kita lalui
Semakin mematangkan kita
Dalam setiap tindakan dan perbuatan

Untuk suamiku merangkap kekasih, teman baik juga kawan bertekak, dan bapa kepada anak perempuanku, Selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan. 

Terima kasih kerana sentiasa berada di sisi kala susah dan senang, menerima dan menyayangiku sebagaimana adanya. 
Semoga kebahagian kita berkekalan selamanya dan sentiasa di dalam rahmat dan lindungan Yang Maha Esa.  
Moga kita juga sentiasa diberi kekuatan dalam  menghadapi cabaran mendatang.

Tolong tahu, walaupun awak memang tahu, saya sangat sayang awak. Percayalah, walau adakalanya saya terlampau banyak cakap, itu adalah sebab saya sayang awak, dan saya ambil berat pasal awak.