Sunday, 25 April 2010

NYARIS TERTELAN DAWAI KOKOT


Assalamualaikum.
Korang tau tak dawai kokot? Ala...ubat stapler tu...besi yang kita letak dalam stapler sebelum boleh digunakan. Hari tu nyaris tak tertelan dawai kokot tu. Sedang enak mengunyah sotong bakar tetiba terasa ada benda tajam mencucuk di daging gusi gigi. Eh, manalah pulak datangnya benda keras dalam sotong ni. Tak terfikirlah yang benda tu dawai kokot. Nasib baiklah tercangkuk kat daging gusi. Kalau tak, selamatlah dalam perut. Sampai hari ni, masih terasa bisa sikit kat bahagian daging gusi yang tercucuk dawai kokot tu. Nak kunyah makanan pun terpaksa berhati-hati..sudahlah gigi yang sebelah lagi dah memang problem. Hilang sekejap nikmat makan..hah..hah... 
Tak paham sebenarnya, apa fungsi dawai kokot tu dekat sotong tu. Sotong kering tu dah dibasuh bersih-bersih sebelum dibakar. Tak perasan kata ada dawai kokot kat badannya. Itulah, kengkadang orang meniaga ni fikirkan nak untung je, tanpa fikirkan keselamatan orang lain. Sabagai contoh, kuih pulut panggang, yang dibalut dengan daun tu. Kalau dulu-dulu diorang gunakan lidi untuk sematkan hujung daun tu. Tapi, sekarang ni rata-rata gunakan stapler dengan dawai kokot. Memanglah senang, tapi kan ke bahaya kalau termakan dawai kokot tu. Nak mudah pun, berpada-padalah sikit. Adakalanya, cara tradisi tu lebih baik daripada cara moden. Amatlah disyorkan kepada semua peniaga, janganlah gunakan dawai kokot semasa penyediaan pembungkusan kuih-muih atau makanan anda. Kalau kita yang dewasa ni pun boleh terlepas pandang dawai kokot tu, cuba bayangkan anak-anak kecil yang bila dapat makanan tu terus nak masuk mulut, tanpa tengok kiri kanan dah.....kes naya tu…

PANDUAN MEMBELI TILAM


Assalamualaikum.
Hmmm......sejuknya kat sini. Alangkah bestnya kalau dapat menghamparkan badan atas tilam, alangkah bestnya.....Stop! Jangan harap, sekarang ni kat office ye. Ok, rata-rata kat rumah sekarang ni semua orang tidur gunakan tilam. Tilam tebal, tilam nipis. Jangan tak tau, kita menghabiskan kira-kira 1/3 daripada kehidupan kita dengan tidur. Untuk tidur yang lebih enak...semestinya tidur atas tilam yang paling best, yang boleh membuatkan kita tidur berjam-jam sampaikan alarm jam berbunyi pun tak dengar..heh..heh....
Tapi, kita tau tak yang tilam ni sebenarnya memainkan peranan penting pada kesihatan tulang belakang, ia akan menyokong belakang kita bila berbaring. Honestly, saya tak pernahlah tau benda ni..heh..heh...Beli tilam setakat  beli je. Rembat je mana yang salesman/girl tu syorkan selain kita testing-testing landing atasnya. Rupa-rupanya, sokongan yang teruk akan menyebabkan kita kekejangan otot malah sakit leher dan belakang. Hmmmm....padanlah selalu sakit belakang bila bangun tidur... Kena beli tilam baru ni....hahh..hah.......
Satu artikel ni menyatakan, tilam yang baik dapat mengekalkan kedudukan lengkuangan tulang belakangapabila baring. Ia juga mampu memberi tekanan sama rata ke atas tubuh badan, membantu pengaliran darah, mengurangkan pergerakan badan dan meningkatkan kualiti tidur. Artikel ni juga menyebut bahawa tilam yang baik adalah tilam yang di antara lembut dan keras.
Ok, sekarang dah tau, kena pilih tilam yang tak terlalu lembut, tak terlalu keras. Tapi, nak beli yang jenis spring atau berbusa (foam). Ingat tak kalau kita pergi kedai beli tilam, nanti salesman/girl tu akan bagitau kita tilam ni tilam spring, tilam tu tilam foam. Rupa nampak macam samakan, tapi cuba korang test duduk atasnya, memang lain...Tilam spring megandungi lapisan gelung keluli di antara penebat dan pad. Gelung-gelun tu akan memberi tekanan untuk menyeimbangkan berat badan yang mana ia kaan mewujudkan titik-titik tekanan di bahagian tengkorak, tulang belakang, tulang bau dan tumit. Kemampatan dan ketahanan tilam jenis ni bergantung pada ketebalan dawai dan jumlah gelung. Ini bermkana legi banyak gelung, lagi banyaklah sokongan. So, janganlah beli tilam yang mempunyai gelung yang sikit. Manakala tilam berbusa (foam) dibuat daripada ‘polyurethane foam’, supaya kontor kepada keseluruhan badan. Dibuat daripada tahap kepejalan berbeza, tapi yang tak bestnya tilam ni tidak mempunyai pengaliran udara yang baik so akan menyebabkan rasa panas dan berpeluh masa tidur, unless bilik korang ada aircond atau pengaliran udara yang baik, should be no problem  If not, tilam berspring lebih disyorkan sebab ia lebih sejuk.
Selain tu juga, untuk pasangan suami isteri, tak salah kalau kita melabur membeli tilam yang bersaiz besar @ king size. So, takdalah sempit dan tersiku hubby/wife masa tidur. Al-maklumlah, bila tidur mana kita sedarkan. Sedar-sedar je, cik abe/adik kat sebelah mengeluh kesakitan kena siku dek kita..hah..hah.....Belum tambah lagi kalau anak kecil kita pun tumpang tidur sekatil dengan kita, lagilah sendat jadinya. Nak bergerak pun payah. Berebut space pula.....anaklah untung, kita mesti beralah punya, bagi dia lebih banyak space, so parent nya, sorang sipi kat hujung sebelah kanan katil, sorang lagi sipi kat hujung sebelah kiri katil, huhh...huh.....
Bila dah ada tilam tu, janganlah pula ingat yang life nya long lasting. Tilam pun macam kita jugak, ada expired date nya..hah..hah.....Tilam akan hilang sokongan an kepadatan selepas beberapa tahun. Biasanya purata hayat tilam 10 tahun. Selain tu, macamana kita nak tau bila masanya kita kena tukar tilam baru? Antaranya rasa sakit ketika bangun pagi atau kekejangan, gelisah ketika tidur, dapat tidur yang lebih baik @ lena di tempat lain dan tilam mengendur @ terdapat ketulan dalam tilam.
Ingat ye.....bila nakbeli tilam baru, pastikan kita cubanya dengan betul, baring pada tilam denga kedudukan normal masa tidur. Selama ni kalau beli tilam, just duduk-duduk je atas tilam tu, tak tergamaklah nak landing atas tu....bukan apa, segan kat orang kedai tu...Tapi, lepas ni, kena jugaklah..hah...hah.....Tapi, janganlah pula, landing bagai nak rak, sampai tetidur pula. Paling haru, tak jadi beli...Korang tengoklah muka orang kedai tu nanti...hah..hah....
Apsal story pasal tilam? Sebabnya en hubby dah plan nak beli tilam baru...la..la..la...so, ni kiranya satu panduan merangkap motovasi untuknyalah......:))

Saturday, 17 April 2010

TANDA-TANDA CINTA DALAM PERKAHWINAN


Assalamualaikum.
Disebabkan begitu banyak masa membaca minggu ni, terjumpa satu artikel yang sangat menarik yang boleh kita kongsi bersama.
Seorang ulama terkenal, Ibn Ayyim Al-Jauziah menyatakan cinta dalam perkahwinan mempunyai tanda-tanda berikut, antaranya:
1. ketika saling mencintai, mereka suami isteri sama sekali tidak akan pernah saling mengkhianati. Mereka akan saling memberikan semua komitment mereka.
2. ketika seseorang mencintai, maka dia akan mengutamakan oarng yang dicintainya. Isteri akan mengutamakan suami dalam keluarga dan suami akan mengutamakan isterinya dalam semua hal. Mereka akan sama-sama saling mengutamakan dan tidak ada yang merasa hebat.
3. ketika mereka sedang saling mencintai, sesaat pun mereka tidak ingin berpisah. Jiwa dan raga saling bertaut. Walaupun fizikal berjauhan, namun hati seperti saling terikat.
4. isteri yang solehah akan sentiasa mendoakan keselamatan suami agar suami selamat dalam perjalanan dan peroleh kejayaan dalam pekerjaan. Sentiasa menadahkan doa supaya suami selalu dalam perlindungan dan tidak tergelincir dari landasan akidah dan niat.
5. suami, ketika sedang asyik mencari nafkah, sentiasa mengingatkan dirinya bahawa dia sedang mencari nafkah yang halal untuk isteri dan anak-anak tercinta. Sedangkan ketika itu, isterinya sedng berdoa untuk kesejahteraan untuknya, lalu tanpa disedari ia jadi satu semangat.
6. tidak dinafikan, laut mana yang tidak bergelora, pantai mana yang tak dilanda badai. Begitu juga perkahwinan. Pasti ada masanya cinta diduga. Apabila situasi itu melanda, dinasihatkan suami isteri sentiasa bermuhasabah diri.
7. ketika suaminya mengharapkan isterinya berperilaku seperi Siti Khadijah, maka suami juga perlu meniru perilaku Nabi SAW kepada isterinya. Begitulah juga sebaliknya. Perempuan yang paling mempersona adalah isteri yang soleha, isteri yang ketika suami memandangnya pasti menyejukkan mata. Ketika suami menuntutnya kepada kebaikan maka dengan sepenuh hatinya dia akan mentaatinya. Juga ketika ketiadaan suami, dia akan amanah menjaga harta dan kehormatannya. Isteri yang tidak mudah terleka dengan kemewahan dunia adalah isteri yang selalu bersegera merebahkan diri dalam dakapan keredhaan suami.
8. lelaki yang terbaik adalah suami yang memuliakan isteri dan selalu mengukirkan senyuman di wajah isterinya, mencari rezeki yang halal untuk keluarga, sentiasa berlemah lembut dalam mendidik isteri, dan suami yang menjadi nakhoda kapal keluarga dalam mengharungi lautan agar selamat menuju tepian yang hakiki iaitu syurga.
- credit to NONA- 

TQ TECIK TENIT TOMEL


Assalamualaikum.
Ingat tak my previous entry 'bout giveaway contest and i'm among the lucky person? Yes....i'm one of the winner............Mengapa? Tak percaya?
Apapun, hadiah telahpun selamat diterima. Tshirt & keychain. TQ Nurul.....It's lovely. Me & Hana really like it.  I told Nurul yang Tshirt tu nak bagi pada my lil' princess, so she decoreted the shirt with wording 'Hana' and put beautiful picture on it. Hana suka betul bila kita bagitau itu adalah gambar dia..hah...hah....Tak sabar nak pakai, tapi i told her to be patience coz' nak kena basuh dulu la...I put the keychain in my car, gantung kat belakang. My lil' princess sangat suka main.
 picture from Nurul, owner of qasehadam.blogspot @ teciktenittomel

HANA'S BIRTHDAY BASH


Assalamualaikum.
Hmmm....sorry my dear Hana..ibu tak sempat nak update this entry. Hopefully still tak terlewat lagi. Hana was celebrating her birthday bash twice....hui...ibu pun tak merasa macam tu dulu..hah..hah...Actually, the first one with her friends and teachers at school. Just celebrate & enjoy with friends....For this bash, we ordered special cake for her...Actually, normal cake but with Ultraman picture on top of it. She's really crazy with Ultraman....Gaya, Cosmos...just name a few....Tapi dia paling suka part muzik (intro & end) & bila this superhero fighting with monster.....Believe me, she can act like an Ultraman with her hand, body posture..........Me and hubby pulak yang pening tengoknya......Sometimes, worried jugak kalau dia terikut-ikut gaya Ultraman tu..kang dia pakat fighting with her friends pulak...But so far, so good. We always give her some advice during and after watching the movie.......
goodies for friends
The next day, we celebrate her birthday with our close family from both sides at McD. Why McD? Sebab malas nak pening-pening fikir pasal menu, decorate rumah, kemas rumah after party, etc......hah..hah....Lagipun, senang...kita bayar je duit, everything settle and still dapat together with family. Yang penting with family, right......This time, we tried something else for her cake. Her picture on it.....Her picture during my convo last March.....  
manalah semua orang ni..tak sampai2...
makan time..tak pandang kiri kanan dah....our family..
Tak dilupakan juga, as usuall, dinner together (birthday girl, me & hubby). And again at Bagan Lalang. Don't know why, but we're really like this makan-makan place (seafood). Lagipun, not too far from Putrajaya. About 1 hour driving (ikut had laju kebangsaan ye..........). Macam cinta pandang pertama to this place sejak kali pertama makan situ. There are a few kedai makan seafood here, u can choose any kedai you like. We'd tried 2 kedai and nampaknya our taste more satisfied with this kedai, kedai wak lan. Their food so delicous and memenuhi our taste. Cukup pedas, masam, maisn, manisnya. Tapi, lain orang lainlah citarasanyakan......Ikut tekak masing-masing...Yang ni, ikut tekak kitoranglah.... 

Friday, 16 April 2010

MINGGU YANG MEMENATKAN..:))



Assalamualaikum.
Uiihhh...sangat sibuk sekarang ni & kelam kabut...:). Sibuk menyesuaikan diri dengan kehidupan bergelar employee semula. al-maklumlah, agak lama honeymoon di rumah, so sekarang ni perlu pergi ke office semula. Keadaan agak sukar terutama waktu pagi. Dulu,  my lil' princess masih kecil lagi, so senang nak hantar pagi-pagi ke nursery. Hanya tukarkan clean diaper, boleh terus hantar, walaupun masih lena diulit mimpi lagi. But not now. She need to mandi first, wearing proper cloth, before going to school. She's already 3, so what u expect? Takkan nak hantar busyuk2 camtukan...So, ibu start working & at the same time she need to wake up very early. Her routine changed now. Seawal 6.45 a.m. kena dikejutkan dah. Tau-tau sajalah, budak kecil, betapa liatnya nak bangun pagi, adakalanya sampai berdukung ke bathroom. Kesian....
Dan mulai this week juga, i've close relationship with Nadi Putra. Dialah nyawaku..Dialah pujaan hatiku.....hah..hah....Meantime, public transport is more practical since i don't have any parking lot yet & besides that, limited parking lot in all administrative Complexs in Putrajaya. Tak kuasa nak pusing-pusing cari parking. Karang terlepas puch card pulak. Korang kalau masuk Putrajaya pagi-pagi ni time kitorang semua tengah rushing masuk office, mesti rasa macam kat KL la pulak...hah..hah...jammed kat roundabout, kereta bersesak-sesak..Ni gara-gara kereta tersangkut dekat Kompleks E sana....berdedai-dedai...
Jangan jeoulous kalau dimaklumkan, i'd spent time in library this whole week...........hah..hah......Al-maklumlah, status 'pool' kan....Sejuk bedi kat library ni.....Habis semua newspapers English, Malay dibelek, Majalah Wanita, Keluarga, etc. Sementara diberi peluang berehat ni, kita rehatlah puas-puaskan. Nanti bila dah ada kerja, tak bolehlah goyang kaki lagi. Actually, i have many friends in this department, tapi tak maulah ganggu diorang. Masing-masing sibuk kerja...biarlah...Pandai-pandailah kita bawak dirikan...
Tapi, serious.....balik dari kerja, penat sungguh rasanya. Have to get more energy to make sure tak terlelap before 9.30p.m. OOppss....we decided to go to sleep as early as we can............oopsss, jangan salah faham..heh..heh....:), practice ni dibuat supaya our lil' princess mempunyai masa tidur yang cukup, coz' she need to wake up early every morning. So, suitable time is 9.30. sometimes terbabas skit to 10.00. but i'll make sure not more than 10.30. So, now (actually this practice dah dipraktikkan sejak 2-3 bulan lepas), no more TV after 9.30. Kalau nak tengok jugak, kena tunggu lil' princess tidur. Tapi, biasanya kalau kita tunggu anak tidur, dengan kita-kita la sekali hanyut....hah...hah...........

Sunday, 11 April 2010

BACK TO WORK......

Assalamualaikum.
Mulai esok, saya akan melapor diri dan mula bertugas semula, setelah berehat @ belajar selama setahun setengah. Ini bermakna rutin harian saya akan berubah daripada menjadi surirumah @ student kepada pekerja. Dan ini juga bermakna, masa saya untuk berblogging mungkin akan agak terbatas. Sehari dua ini juga saya telah mula sibuk menguruskan, menyediakan, menyiapkan diri untuk bertugas semula. Hinggakan tidak sempat untuk membalas komen-komen anda dan menyapa teman-teman baru di sini. Apapun, terima kasih banyak-banyak pada yang sudi memberi komen dan melawat blog ini. 
Kita tunggu dan lihat bagaimanakah keadaan tempat baru saya nanti......
Hmmm...........berdebar-debar pulak nak masuk kerja semula...., macamana bos, anak buah, kerja, etc....