Saturday, 17 April 2010

TANDA-TANDA CINTA DALAM PERKAHWINAN


Assalamualaikum.
Disebabkan begitu banyak masa membaca minggu ni, terjumpa satu artikel yang sangat menarik yang boleh kita kongsi bersama.
Seorang ulama terkenal, Ibn Ayyim Al-Jauziah menyatakan cinta dalam perkahwinan mempunyai tanda-tanda berikut, antaranya:
1. ketika saling mencintai, mereka suami isteri sama sekali tidak akan pernah saling mengkhianati. Mereka akan saling memberikan semua komitment mereka.
2. ketika seseorang mencintai, maka dia akan mengutamakan oarng yang dicintainya. Isteri akan mengutamakan suami dalam keluarga dan suami akan mengutamakan isterinya dalam semua hal. Mereka akan sama-sama saling mengutamakan dan tidak ada yang merasa hebat.
3. ketika mereka sedang saling mencintai, sesaat pun mereka tidak ingin berpisah. Jiwa dan raga saling bertaut. Walaupun fizikal berjauhan, namun hati seperti saling terikat.
4. isteri yang solehah akan sentiasa mendoakan keselamatan suami agar suami selamat dalam perjalanan dan peroleh kejayaan dalam pekerjaan. Sentiasa menadahkan doa supaya suami selalu dalam perlindungan dan tidak tergelincir dari landasan akidah dan niat.
5. suami, ketika sedang asyik mencari nafkah, sentiasa mengingatkan dirinya bahawa dia sedang mencari nafkah yang halal untuk isteri dan anak-anak tercinta. Sedangkan ketika itu, isterinya sedng berdoa untuk kesejahteraan untuknya, lalu tanpa disedari ia jadi satu semangat.
6. tidak dinafikan, laut mana yang tidak bergelora, pantai mana yang tak dilanda badai. Begitu juga perkahwinan. Pasti ada masanya cinta diduga. Apabila situasi itu melanda, dinasihatkan suami isteri sentiasa bermuhasabah diri.
7. ketika suaminya mengharapkan isterinya berperilaku seperi Siti Khadijah, maka suami juga perlu meniru perilaku Nabi SAW kepada isterinya. Begitulah juga sebaliknya. Perempuan yang paling mempersona adalah isteri yang soleha, isteri yang ketika suami memandangnya pasti menyejukkan mata. Ketika suami menuntutnya kepada kebaikan maka dengan sepenuh hatinya dia akan mentaatinya. Juga ketika ketiadaan suami, dia akan amanah menjaga harta dan kehormatannya. Isteri yang tidak mudah terleka dengan kemewahan dunia adalah isteri yang selalu bersegera merebahkan diri dalam dakapan keredhaan suami.
8. lelaki yang terbaik adalah suami yang memuliakan isteri dan selalu mengukirkan senyuman di wajah isterinya, mencari rezeki yang halal untuk keluarga, sentiasa berlemah lembut dalam mendidik isteri, dan suami yang menjadi nakhoda kapal keluarga dalam mengharungi lautan agar selamat menuju tepian yang hakiki iaitu syurga.
- credit to NONA- 

No comments:

Post a Comment