Assalamualaikum.
Al-kisah di hari Ahad.
Seorang kanak-kanak perempuan yang begitu bersemangat untuk menghadiri
Hari Sukan tadikanya.
Ada acara yang akan disertainya.
Pagi itu, menyarung sendiri t-shirt kuning dan seluar sukan biru, bersama stoking belang dan kasut merahnya.
Selesai pendaftaran, si kecil berkumpul bersama rakan-rakan seangkatannya.
Ibu dan Papanya melihat dari kejauhan (tak jauh manapun :D...).
Suasana agak bising, hiruk pikuk, dengan tangisan kanak-kanak.
Al-maklumlah, resam kanak-kanak, mula mebuat perangai apabila ibu bapanya ada berhampiran (iyalah, bila lagi nak tunjuk manja..kan...).
Para cikgu sibuk memujuk anak-anak asuhannya (mujur ada perents kat sekeliling..kalau tak, ..........hah..hah......).
At first, mujur si kecil tidak terikut-ikut joint the club..(crying club..).
Everything looks smooth.
Until................
Lambaian tangan yang merubah segalanya.......
Beberapa minit sebelum acara bermula....Papa melambai tangan padanya.
Still okay lagi.
Tetapi tidak selepas melihat Ibu melambai.
Lambaian si ibu rupa-rupanya mengundang tangisannya..huh..huh...
Menyesal pulak lambai tangan tadi.
Andai masa boleh diputar kembali..huh..huh..
Terpaksalah si cikgu memujuk si kecil, menenangkannya...memandangkan acara bakal bermula.
Bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk, si ibu terpaksa menyorokkan diri seketika.
Tak berani menonjolkan diri langsung di mata si kecil.
Terpaksalah si ibu melihat si kecil bersukan dari kejauhan sahaja.
Walaupun hati mendesak-desak untuk sama-sama melaungkan namanya sebagai pembakar semangat, bersama Papanya.
Nampaknya, Papa sahaja yang boleh berada di situ.
Khuatir, kalau kelihatan Ibu di mata si kecil, dia pakat lari pulak.
Maka si kecil teruskan bersukan dengan hati yang gundah gulana dan kesedihan.
Mujurlah acaranya tidak terlalu lama.
Selesai megambil hadiah, si kecil di bawa oleh Papanya ke pangkuan si ibu yang setia menanti di kerusi.....
Sangat terserlah kesedihan di wajahnya.....
Namun ada secebis senyum terukir apabila melihat Ibunya.
Mengapa menangis anakku?
Bagaikan Ibu akan pergi jauh meninggalkannya.
Sedangkan Ibu ada di sini...
Hanya pelukan dan ciuman diberi bagi meredakan perasaannya.
Mas, teringat masa Auni punya 1st sports day pun mcm tu jugak. Dia cry sampai terlalu lama...cikgu kena dukung dia ke hulu hilir... lastly ujang & aku kena diarahkan pindah tempat duduk ke row belakang sebab nak sembunyi dari dia. Mujur time tu acara yg dia masuk start dulu, so lepas habis dpt hadiah cepat2 we all balik. Lama sungguh dia cry. Last yr for 2nd sports day, dia dah besaq. so dah ok....:)) Lama2 farhanah pun ok le tu....
ReplyDelete