Sunday, 4 April 2010

MEE UDANG SG DUA, MEE BANJIR UDANG KUALA SEPETANG & KUEW TEOW DOLI

Assalamualaikum.
Perjalanan @ holiday trip ke Utara, tak lengkap tanpa sesi makan-makan. Kali ni, kami berkesempatan sekali lagi menikmati keenakan Mee Udang Sungai Dua di Restoran Seri Tambang. Pernah dengar Mee Udang Sungai Dua? Sangat popular. Di Sungai Dua, ada banyak kedai/restoran yang menjual Mee Udang. Dengar ceritanya, di kalangan local, restoran ini adalah antara yang paling best. Kalau weekend, penuh restoran tu.  Di sini, kita boleh memilih sendiri udang yang diingin (udang laut, udang air tawar), kuantiti banyak mana sesuka hati, harga ikut pasaran. Maknanya makin banyak udang, makin banyaklah duit terbang... :D. Rasa kuah mee ni sedap sebab terasa kemanisan udang. Kali ni, En Hubby & me cuba mee udang dengan udang laut pulak. Memandangkan hanya untuk berdua makan (plus harga yang agak mahal...), kami pilih 12 ekor udang, so dapatlah 6 ekor seorang. Hah..hah..siap bahagi-bahagikan, kalau tidak habislah. Dua-dua hantu udang and nampaknya our little Farhanah also sangat-sangat suka udang. For her, we just ordered udang goreng kunyit. Hmm..so delicious...yummi...
sorry, abaikan keliling mangkuk yang dah comot. Actually, dah senduk sebahagian mee tu (plus udang).

Sesi makan-makan diteruskan lagi dengan Kuew Teow Goreng di Doli, Taiping, keesokkan harinya. Kuew Teow ni memang famous di sini. In front of Pusat Kesihatan Taiping (besar...macam hospital..), berhampiran Taman Tasik Taiping. At first, sesat jugak nak mencari restoran ni, berpandukan pada penerangan yang diberikan oleh Front Office Flemington Hotel Taiping, katanya dekat dengan Hospital Tupai dekat town. Puaslah en hubby pussing-pusing cari hospital tupai. Rupa-rupanya, Pusat Kesihatan Taiping daaa....Masalah miscommunication la ni. heh..heh..Di sini, kami order Kuew Teow Goreng Special for both of us, dan nasi ayam untuk lil' Farhanah. Dan apabila sampainya Kuew Teow Goreng Special tu  ke meja, terkejutnya melihat kuantitinya yang begitu banyak.....Tinggi menggunung, guna pinggan kecil pulak tu. Sepinggan macam untuk dua orang makan. Udang merata-rata, sana sini. I like...Hantu udang la katakan.. Apapun, sangat berbaloi singgah makan sini. Makanannya memang sedap. Farhanah makan nasi ayam sampai habis. Tak pasti sama ada memang sedap atau sebab kelaparan...heh..heh...Kalau datang Taiping, singgahlah makan sini (promosi free..)
posing depan Doli, Taiping. Budak tecik tu siap berdukung, katanya sakit tangan. Aik, sakit tangan, apa kena mengena dengan tak boleh jalan? So manja...
Nasi Ayam untuk lil' Farhanah. Licin nasi tu dimakannya with sup. But without chicken...
nah..ambik nko...penuh satu pinggan. Inilah, Kuew Teow Goreng Special Doli. Penuh dengan udang & kerang. Me, tak habis (banyak sangat, kenyang dah..), so tapau baki bawak balik Putrajaya..hah..hah..

Dah habis ke sesi makan di Utara? Belum lagi....Selepas lunch di Doli, kami bergerak menuju ke Kuala Sepetang, Taiping pulak. Apa ada di sana? Ha....Mee Banjir Udang.....Asyik makan udang je lah sepanjang di Utara. Banyak pilihan kedai Mee Banjir Udang di Kuala Sepetang. Tapi, pilihan kami, Warung Mee Banjir Udang Mak Teh. Ini kali ketiga, kami singgah makan di sini. Kalau nak tau, Mee Banjir Udang Mak Teh ni pernah masuk TV tau. Sebab tu kedai ni sentiasa ramai orang terutamanya kalau weekend. Siap tambah kedai lagi. Itu menunjukkan ramai tak ramainya pengunjung ke sini. Selalunya kalau makan mee udang, kita selak mee baru nampak udang, tapi kat sini, selak udang nampak mee..heh..heh...Udang penuh kat atas menutupi mee dalam mangkuk. Di sini jugak, kita boleh memilih samada ingin udang air tawar atau udang laut. Sekali lagi, kali ini kami memilih udang laut. Hidangan makanan dengan udang laut, harganya adalah RM10, manakala kalau dengan udang air tawar @ ternak, harga lebih murah, RM6. My lovely hubby, as usual ordered Mee Udang, but for me, Nasi Goreng Udang pulak. Tukar menu. asyik makan mee je. Mula-mula tu, rasa berbelah bahagi samada nak order atau tidak sebab baru saja ambil lunch. Perut masih rasa penuh. Tapi bila datang je makanan, licin....Entah siapa yang makan???Hehh..heh...
  signage tak berapa nampak. Ambil dari dalam kereta masa hujan.
tarraaaa.....inilah dia Mee Banjir Udang...
kasi close up skit. Nampak tak, udang penuh kat atas? Mana meenya? Inilah keistimewaan Mee Banjir Udang. Selak udang nampak mee.....
Nasi Goreng Udang. Barulah terasa puas makan, sebab udangnya banyak dan besar. Selalunya kalau makan di kedai biasa, udang adalah dalam 3-4 ketul, lepas tu cute pulak. Yang ni, berbaloi-baloi...Sedap.

Nampaknya perjalanan @ percutian ke Utara sangat berbaloi. Dapat bertemu salah seorang kawan baik, cik Norhana yang baru bersalin di Seberang Jaya. Pertama kali ke rumahnya di Seberang Jaya. Sepatutnya dapat berjumpa seorang lagi, cik ica tapi keadaan kesihatannya tidak mengizinkan. Kalu tak, berparti ssakanlah kat Kulim..hah..hah.. Apapun, rasa puas hati sebab semuanya berjalan lancar. Balik ke Putrajaya dengan perut kenyang, hati senang.

1 comment:

  1. Mee Udang Banjir Mak Teh kurang sedap hanya udang banyak jer specialnya. Mee udang Sungai Dua memang sedap tapi mahal sikit. Tak pe mahal asalkan sedap. Kwe Teau Kerang Doli memang best, try juga Kwe Teau Kerang Jonid di Jalan Stadium Alor Setar sedap juga.

    ReplyDelete