Thursday 3 March 2011

Sembilan Tahun Yang Penuh Warna-Warni


Kita pernah sekelas semasa darjah lima
Setahun kita duduk dan belajar di kelas yang sama
Mendapat ajaran dari guru yang sama
Tapi, lucunya, kita tidak pernah kenal satu sama lain
Paling parah, kita tidak pernah dapat mengingati 
Walau sekelumit kenangan pun
 Yang membuktikan kita pernah sekelas
Walaupun puas kita cuba ingat dan kenang
Semuanya kelam
Itulah, kuasa Tuhan
Mengaturkan pada masa lalu
Kita tak pernah kenal
Supaya kita berkenalan "semula" beberapa tahun selepas itu
Perkenalan yang lebih manis dan bermakna

Sesungguhnya, jodoh pertemuan di tangan Tuhan

Kita, dua manusia yang sangat-sangat berbeza
Tapi disatukan atas dasar cinta kasih dan sayang
Melalui tali perkahwinan suci
9 tahun yang lalu

Sememangnya, kita mempunyai minat yang berbeza
Citarasa juga jauh berbeza
Kalau boleh diukur
Mungkin lebih banyak perbezaan berbanding persamaan

 Namun itu semua tidak menjarakkan kita
Kita masih serasi bersama
Sebab kita kan suami isteri
Saling memerlukan antara satu sama lain
Sentiasa belajar menerima perbezaan, kekurangan, kelebihan masing-masing
Setiap perbezaan, pasti ada titik persamaannya
Setiap kekurangan, ditampung oleh kelebihan yang ada
Malahan, perbezaan itulah yang menyatukan kita

Seharusnya tempoh 9 tahun yang telah kita lalui
Semakin mematangkan kita
Dalam setiap tindakan dan perbuatan

Untuk suamiku merangkap kekasih, teman baik juga kawan bertekak, dan bapa kepada anak perempuanku, Selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan. 

Terima kasih kerana sentiasa berada di sisi kala susah dan senang, menerima dan menyayangiku sebagaimana adanya. 
Semoga kebahagian kita berkekalan selamanya dan sentiasa di dalam rahmat dan lindungan Yang Maha Esa.  
Moga kita juga sentiasa diberi kekuatan dalam  menghadapi cabaran mendatang.

Tolong tahu, walaupun awak memang tahu, saya sangat sayang awak. Percayalah, walau adakalanya saya terlampau banyak cakap, itu adalah sebab saya sayang awak, dan saya ambil berat pasal awak.

4 comments:

  1. adus....nak nangis baca nih. Wei, happy anniversary to you both. moga berkekalan hingga ke akhirnya... :)

    ReplyDelete
  2. Ica, apa yang sedihnya weii? Hah..hah.. Anyway, thanks.

    ReplyDelete