Monday 28 March 2011

Seminggu je lagi masa untuk bergembira

Pejam celik, pejam celik, dah selesai 5 minggu aku berada di lab. Ini bermakna, tinggal lagi seminggu untuk bertapa di sini. Tinggal lagi seminggu jugak untuk aku berulang alik ke kelana jaya.

Maknanya minggu depan, dah kena masuk ofis. Kembali ke tugas asal. Apa perasaan aku sekarang? Gembira nak masuk kerja semula? Atau sedih untuk tinggalkan lab?

Heh..hehehh.....Kalau ikutkan, malas betul nak masuk ofis. Lagi enjoy dan gembira duduk dalam lab ni. Diskusi demi diskusi, settle untuk satu hari. Besok, sambung semula. Buat kerja untuk hari ni, settle, balik dengan senang hati. Besok buat lain pulak. Kalau masuk kerja, dah balik rumah pun, kepala masih ingat kat kerja ofis. Mana tak stress kalau macam tu hari-hari.

Lab member pun sporting dan very cooperative. Walaupun datang dari lain-lain agensi dan pelbagai pangkat, tapi boleh bekerjasama antara satu sama lain. Takda istilah "kau""aku". Makan pun sedap. Serius, balik ni aku kena timbang berat. Dapat rasakan badan dah kembang semacam. Breakfast makan berat. Tengahari, apatah lagi, memang berat. Minum pagi, minum petang, dengan kuih pulak. Jangankan aku, boleh dikatakan semua yang masuk lab ni, badan membesar bagai johan. Lepas ni, kena jogging lebih kerap la, senaman naik turun tangga.

Pendekata, duduk lab memang lagi seronok dari masuk ofis.....Masa seminggu yang tinggal lagi ni, kena dinikmati sepenuhnya hingga ke detik terakhir...sebelum kembali stress seperti sedia kala.

4 comments:

  1. takpe Mas...ekau kan obses dengan kurus..hehehe.

    ReplyDelete
  2. heh..heh...macam biasa dengar pulak..

    ReplyDelete
  3. pn saadiah n maslinda pun lab.. sama la kot.. :-) aku yang tak masuk lab pun badan dah naik!

    ReplyDelete
  4. elle le belle....pergi oversea, senyap2 je ye...lain kalai bagitau la...boleh aku kirim apa yang patut..hehhhehh..
    pn saadiah & maslinda ada sini jugak, tapi depa kat lab sebelah.

    ReplyDelete