Friday 22 January 2010

AKU, BREASTFEEDING & BREAST PUMP

Assalamualaikum.

Hari nie godek2 web susuibu.com. baca forum yang ada kat sana. Dah lama tak join forum, sejak dah grad breastfeed Nurin Farhanah. Web yang penuh informasi untuk para ibu & bakal ibu yang ingin mempraktikkan breastfeeding. Dulu, web tu la yang sentiasa aku jadikan rujukan tentang breastfeeding, nak dapatkan tips untuk banyakkan susu sampailah untuk mengatasi pelbagai masalah berkaitan. Banyak jasa tu. TQ for tuan rumah susuibu.com tu. Antara forum yang menarik perhatian, tentang breast pump pilihan. Kat market skarang ni pelbagai jenis breast pump ada dijual. Kiranya tepuk dada, tanya selera & poket. Nak mahal, nak murah, pendek kata macam2 ada. Lain orang lain keperluannya. Ada sesetengah orang yang sesuai pakai sesuatu pump tu, tapi tak semestinya pump tu sesuai untuk orang lain jugak. Bila kita pakai, memancut2 susu, tapi orang lain pakai, setitik pun susah, sakit lagi ada. So, buatlah pilihan yang tepat dengan keperluan masing2. Bagi aku yang pro-breastfeeding ni, tak salah kita berbelanja lebih skit untuk dapatkan breats pump yang berkualiti, walaupun mahal skit. Alah membeli, menang memakai. Bukan untuk sapa pun, untuk anak kita jugakan. 
Ni 2 jenis breast pump yang aku pakai dulu. Both brand Medela. Memula aku pakai Mini-E. Sangat2 membantu. Boleh pakai elektrik dan bateri. Kalau kat satu2 tempat tu takda elektrik, pakai je bateri, & operasi mengepam boleh diteruskan. Dekat setahun jugak aku fully utilised pump ni. Tapi biasalah, dah fungsinya jadi heavy duty, so motor dia mula problem skit. Aku rasalah (suka suki aku je), coz' daya sedutannya dah tak kuat sepeti biasa. Nak bagi penuh setakat setengah botol pun, jenuh. Adakah ni bermakna dah sampai seru tukar pump lain??? Hah...hah...alasan.. Cadangnya nak hantar servis nanti. So, sementara tu, kena la beli lain dulu. Alasan lagik, hah...hah... Lagipun, ada setahun lagi aku nak pakai pump (untuk sampai ke 2 tahun), so nak try manual  breast pump pulak.

Mini-E

Harmony
Bila aku kena pegi kursus, lagi la menguatkan hasrat aku  nak beli pump lain. Aku dah lama berkenan dengan Medela Harmony. Kecil, senang nak usung merata2. Bunyi pun takda. So, aku sambar je la satu. Alhamdulillah, pilihan yang tidak mengecewakan. Akhirnya Harmony ni la yang aku usung ke hulu ke hilir, bila kena pegi outstatation atau kursus. Langsung terus tak hantar Mini-E pegi servis. Macam dah dapat gading bertuah, tanduk tak berguna lagi, huh..huh...macam kejam lak aku ni. 
Harmony ni walaupun manual, tapi tangan tak lenguh pun pam, relaks je. Daya sedutan pun kuat. Mini-E memang power tapi ada skit bunyi. Actually tak la mengganggu konsentrasi kita pun, tapi, agak mengganggu orang sekeliling kalau tempat tu sunyi sepi. Kalau kat opis, masa takda bilik dulu, aku slalu tutup dengan kain kat motor tu, so bunyinya tak brapa dengar la. Kena la kreatif skitkan.


p/s: Kalau ada rezeki baby lagik, aku dah berangan-angan nak sambar yang double pump punya. Huii..tu lagi best, senang keje, hasil pun lebih lumayan, masa pun jimat.
p/s: teringat masa kursus QA, aku terpaksa la usung cooler bag jugak coz' kursus tu pagi sampai petang. Kang kat mana pulak aku nak simpan susu yang dah dipam. Cooler bag aku tu ala2 beg fotografi tu. So, coursemate aku yang lelaki ni ada yang menyakat aku bila tengok aku usung beg tu, depa kata lebih kurang gini lah bunyinya, "nko nak gi mana ni bawak beg kamera ni..." Hah..hah....
p/s: masa awal2 lepas bersalin dulu, aku ada try satu breat pump manual ni. Murah je. Mak aiii..terseksa gunanya, tangan aku lenguh giler bila pam, pastu sakit lak. Sabar je la. Tapi, ada orang lain pakai, ok je. Macam aku tulis kat atas, lain orang lain la kesannyakan. Belilah berdasarkan kemampuan dan keperluan sendiri. Slalu2 lah baca review, untuk membantu kita buat pilihan. Paling bagus, kalau kita diberi peluang cuba dulu sbelum  beli. Kat kedai susuibu tu, ada tester, so senang skit. Jangan lokek melabur skit untuk dapatkan yang bagus kualitinya, hasilnya pasti berbaloi2...           

2 comments:

  1. Salam mas..mmg pam ni ikut keserasian si pemakai..ade yg sesuai manual ade yg sesuai elektrik..pilih je lah ikut mane yg nak kan.. ;)

    ReplyDelete
  2. salam. betul tu....ikut selera masing2kan.

    ReplyDelete