Wednesday 20 January 2010

KEBAIKAN SUSU IBU

Assalamualaikum.


Di zaman serba mencabar ni, masih banyak ibu bekerjaya yang mampu menyusukan anaknya dengan susu badan atau omputeh kata, breastfeeding. Berdasarkan pengalaman aku sendiri, memang banyak cabaran dan dugaan yang perlu ditempuh, terutama macam kita yang bekerja ni. Kena pegi outstation, kursus, training, etc. Kalau tak kuat semangat dan mengenangkan si chomel, mungkin usaha murni tu tak akan berjaya. Tapi, sesungguhnya, tanpa usaha yang bersungguh-sungguh, tak mustahil usaha tu akan gagal walaupun niat baik tu dah ada. Alhamdulillah, niat dan usaha murni aku tu berjaya, aku berjaya fully breastfeed Nurin Farhanah selama 2 tahun. Aku nak kongsi sedikit info dari artikel yang aku jumpa kat website ni pasal breastfeeding.
"Susu ibu adalah makanan semulajadi yang dianugerahkan khusus untuk bayi anda. Ia mengandungi segala khasiat yang diperlukan dengan komposisi yang betul. Ia mudah dicerna dan sentiasa tersedia dalam suhu yang sesuai pada bila-bila masa. Susu ibu mengandungi antibodi yang tidak ternilai yang dapat melindungi bayi anda daripada jangkitan dan alahan,terutama dalam bulan-bulan pertama. Perkembangan dan kecerdasan seseorang bayi juga adalah lebih baik bila mendapat khasiat susu ibu.

Kebaikan



Untuk bayi :



  • Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda.
    • Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
    • Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar
  • Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda.
    • Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
  • Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi
  • Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
  • Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
  • Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia Tidak susah untuk disediakan.
  • Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
  • Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.

Untuk ibu, penyusuan susu ibu :


  • membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
  • membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
  • mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
  • menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya


Lain - lain kebaikan :



  • Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
  • Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.

So, apa lagi, jom la kita kaum ibu yang diberi keistimewaan ini menyusukan anak kita dengan susu ibu. Tapi, aku dah khatam @ grad. Good luck untuk para ibu dan bakal ibu yang lain. Insyaallah, dengan niat yang baik beserta usaha yang gigih dan tawakkal, pasti akan berjaya.
-credit to www.susuanibu-pk.gov.my, www.myhealth.gov.my

2 comments:

  1. Salam kenal mas...marilah kite sama2 menyokong penyusuan susu ibu.. ;)

    ReplyDelete
  2. sama-sama la kita sokong penyusuan susu ibu. peduli la apa orang nak kata. janji kita buat yang terbaik kat anak kita kan!!! kalau ada rezeki baby no 2, nanti nak bagi gak susu ibu. biar cute cam kakak dia juga, hah..hah...

    ReplyDelete