Friday 2 April 2010

KONVO-23, UUM SINTOK

Assalamualaikum.
Kembali bersiaran setelah berehat panjang...almaklumlah, perjalanan jauh ke Sintok amat-amat memenatkan.
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar, walaupun tidak begitu lancar pada awalnya. Dugaan yang hampir menyebabkan aku tidak dapat pergi ke Sintok. Namun akhirnya, dengan izin-NYA, dapat juga menghadiri majlis konvo tersebut; dapat pakai jubah, mortar; dapat naik stage ambil scroll; dapat ambil transkript exam dan master cert.
Dugaan bermula sebaik sahaja menerima surat jemputan konvo. Baru tahu rupa-rupanya, yuran masih lagi tertunggak!!!!!Penaja masih belum membuat bayaran. Puas ber'emel' ke sana dan sini, bertelefon ke sana dan sini, usaha dan percubaan untuk menyelesaikan masalah. Itu saja yang mampu dibuat, memandangkan masalah jarak jauh. Hampir 3 minggu berurusan dengan pihak-pihak yang berkenaan. Tapi, ketika itu, jalan nampak begitu sukar sekali. Hampir berputus asa, bila tiada langsung maklum balas daripada pihak yang berkenaan di Sintok. Hinggalah, Mr. Pengarah City Campus mengkhabarkan berita yang agak menggembirakan, namun masih kabur lagi. Akhirnya, tanggal 25 Mac 2010, tengahari,  mendapat perkhabaran yang jelas.......pelajar tajaan dibenarkan menghadiri konvo..........Alhamdulillah....tak sia-sia aku berjuang hingga hingga ke detik terakhir....
Memandangkan persediaan last minute, agak kelam kabut, namun kuusahakan semua urusan berkaitan diselesaikan dalam masa singkat. Pembayaran graduat, packing, etc. Dan pada 26 Mac 2010, jam 1 pagi (diulang sekali lagi, 1 pagi..di kala semua sedang enak beradu dan bermimpi), kitorang tiga beranak bertolak ke Sintok.  Sesekali, berhenti rehat @ tidur  dalam Spectra Novus di R&R. Alhamdulillah, perjalanan ke Sintok berjalan lancar. Begitu juga segala urusan berkaitan di kampus. Terima kasih banyak-banyak kepada  City Campus (terutama Mr Pengarah) & my sponsor atas semua bantuan dan tindakan segera yang diberikan. Hanya Tuhan saja mampu membalasnya. Budi baik kalian dikenang jua.
 with MHRM classmates before the ceremony di DTSO.
with MHRM classmates after the ceremony di DMAS. Susah nak kumpul semua, habis majlis semua pakat hilang..Ni je la yang sempat ditarik..
us
kegembiraan yang dikongsi bersama..
kena beratur tu nak ambik gambar kat sini. Ramai sangat berminat.
gaya klasik yang selalu dibuat orang..hah..hah..
on sunday, masa nak pulang jubah. Posing sekejap kat dpn gate. Tengahari buta tu, panas terik..sanggup...Posing punya pasal.
our lil' princess...Nurin Farhanah...semoga hari ini menjadi satu motivasi buatmu. 
We love u baby...
yeah..dapat bunga.TQ to my loves, Dear & Baby..

4 comments:

  1. Congrats Mas...lepas ni boleh sambung PhD pulak ye...

    ReplyDelete
  2. Tahniah..ha'a, sambung PhD pulak lepas ni :)

    ReplyDelete
  3. TQ kawan2 semua. PhD? Err..nanti dulu kot..fobia buat tesis master pun tak kebah lagi ni..hah..hah..

    ReplyDelete